Assalamualaikum wbt.
Syukur pada Allah Taala dengan penuh limpah kurnianNya semua sekarelawan yang ke
KQP lalu kesemuanya selamat pulang dengan selamat dan semua program semasa berada di sana berjalan dengan lancar.
Semalam telah diadakan sedikt perkongsian
pengalaman Kembara Qorban oleh beberapa orang sukarelawan yang ke KQP. Perkongsian
yang menarik suka-duka individu diharap dapat diambil iktabar
bersama. Selain perkongsian pengalaman,
beberapa maklumat dan isu semasa di Selatan Thailand juga telah diberikan
penekan. Dalam perkongsian pengalaman malam tadi, selepas sukarelawan bercerita
tentang aktiviti semasa berhari raya
dengan penduduk kampung, kami juga memberi focus dan penekanan tentang tempat
kajian sejarah yang telah dilawati contohnya peristiwa Masjid Kerisik, ini
adalah untuk mendedahkan isu semasa dan keadaan sebenar yang berlaku di Selatan
Thailand. Penceritaan ini amat penting supaya mahasiswa tidak hanya bergantung
pada media massa sebagai sumber primer. Selain itu, kajian sejarah di beberapa
tempat lain seperti Masjid Wadi Husen. Masjid Jamek al- Fathoni dan Masjid Raja
juga tidak ketinggalan. Perkongsian dalam bentuk slide dan dokumentari yang
ditunjukkan diharap dapat memberi kesan kepada hadirin. Selepas pulang dari
Patani, beberapa resolusi telah dipersetujui dan diharapkan resolusi tersebut
dapat dilaksanakan dalam masa terdekat di peringkat GPTD Unisel iaitu dibawah
seliaan Grup Jejak Patani. Di harapkan dengan perkongsian ini dapat membuka mata dan
minda masyarakat khususnya mahasiswa Unisel agar lebih peka dan bersikap
mengambil tahu tentang isu-isu antarabangsa dan berusaha sedaya-upaya untuk
membantu ummat islam walau dimana pun khususnya di Selatan Thailand yang paling
hampir dengan kita, moga-moga sukarelawan KQP dapat mempelajar dan membawa pulang
“sesuatu” dan bukannya pergi dengan sia-sia. Insyallah. Alhamdulillah,
perkongsian semalam dipermudahkan dan berjalan dengan lancer seperti yang
dirangcang dengan bantuan Allah SWT. Akhir
kata, semoga team Grup Jejak Patani terus sekses dan ramai yang akan menyambut
dan menyokong usaha GPTD Unisel dalam member kesedaran tentang isu Selatan
Thailand kepada ummat. Dengan menhayati nilai pengorbanan, sebagai seorang
pelajar apa yang dapat kita lakukan untuk saudara kita di sana ? ya benar bila
bercakap soal keamanan ia adalah suatu yang besar, ia adalah suatu kesusahan,
akan tetapi hanya itu saja namun sekiranya kita tidak melakukan apa-apa untuk
agama Allah, maka nantilah balasan Allah. Kita di dalam adalah seperti seorang
pengembara dan ia merupa penjara bagi orang yang beriman. Sabda Rasullullah SAW
:
|
No comments:
Post a Comment