Travelog Kembara Qorban@Patani
14 - 17 Oktober 2013
Ayata, Tak Bai- Nad Tanjung, Patani.Selatan Thailand
14 - 17 Oktober 2013
Ayata, Tak Bai- Nad Tanjung, Patani.Selatan Thailand
Induksi
terakhir sebelum bertolak |14 Okt 2013
Pada
14 Oktober 2013 sebelum ke Patani kami sukarelawan Kembara Qurban@Patani (KQP)
seramai 12 orang telah berkampung di GPTD Pusat selama satu hari. Sepanjang
induksi ini kami membuat persiapan ke sana antaranya ialah bengkel dokumantasi
dan dokumentari, travelog, tazkirah dan matsurat juga tidak di lupakan sebagai
pemantapan spiritual. Sepanjang disana kami lebih mengenali anatara satu sama
lain, ini kerana sukarelawan yang mengikuti program KQP ini datang dari
pelbagai latar belakang persatuan. Pada malamnya, kami akan bertolak ke
Pengkalan Kubor, kami dihantar oleh Abg Epah ke station bas Rapid Gombak. Kami
menunggu bas agak lama menyebabkan semua sukarelawan menjadi semakin bimbang
kerana bas yang dijadualkan datang jam 9 malam sampai pada jam 11.30 malam
itupun bukan bas kami tapi kami naik juga kerana bimbang tiada bas lagi untuk
ke Kelantan. sepanjang perjalanan aku tidur sahaja kerana kepenatan.
Berhari
raya di Ayata |15 Okt 2013
Pada
pagi raya sesampai saja kami di station bas Pengkalan Kubor kami terus bergegas
kendiri dan solat subuh memandangkan sekarelawan ramai dan surau di perhentian
sangat sempit, jadi kami bergilir-gilir untuk solat subuh. Selesai sahaja solat
kami terus ke imegrasen untuk cop passport dan terus menaiki bot untuk ke
seberang iaitu Tak Bai. Ustaz Awi telah menunggu kami di imegresen Tak Bai dan
selesai urusan cop Passport kami terus ke Ayata. Suasana raya yang sangat
meriah dapat dirasai apabila kami mula berkumpul di Padang Sekolah Nuruddin
untuk solatsunat hari raya. Selesai solat kami merewang untuk masak daging
korban. Korban pada hari ini hanya seekor lembu dan tidak ramai orang kampung
yang datang memandangkan pada keesokkan hari ada lagi korban lembu dan
diberitahu mungkin akan ada ramai anak-anak yatim yang akan datang keesokannya.
Selesai masak dan makan, dan mengemas kami terus bergerak ke Nad Tanjung,
Patani.
Nad
Tanjung |16 Okt 2013
Nad
Tanjung adalah tempat yang paling ditunggu-tunggu oleh para sukarelawan KQP
pada kali ini kerana teruja ingan melihat sejarah Surau Aur yang sangat
menarik. Sampai di Nad Tanjung ur dan kami disambut oleh Ustaz Osman, tidak
lama selepas itu semakin ramai orang kampung datang dan melayan kami.
Penyembelihan lembu korban terus berlangsung seusai sahaja En Wan Abdul Rahman
dan wakil dari Turki datang. Pada hari ini agak meriah kerana ramai penduduk
kampung dan anak-anak yatim juga ada. Terima kasih diucapkan kepada wakil
princess University of Narathiwat (PNU) kerana sudi datang. Selesai
penyembelihan lembu, kami menolong mengagihkan daging korban pada anak-anak
yatim. Merewang di Nad Tanjung sangat meriah dan berasa seperti bersama
keluarga sendiri, selepas zohor kami teruskan aktiviti kami mengikut tentative.
Sesampai sahaja di Kampung Datuk, kenangan mengajar disana pada bulan Mei lalu
terus flash back. Terasa sangat rindu untuk mengajar lagi adik-adik tadika. Kami terus ke rumah
Cikgu Din dan menziarahi keluarganya. Di Kampung Datuk kami mengambil masa yang
sangat lama kerana leka bercerita dengan keluarga Cikgu Din. Sebelum balik kami
terpaksa membuat satu keputusan yang sukar kerana Kak Yah(isteri Cikgu Din)
meminta kami untuk balik pada waktu malam dan makan malam di rumah mereka
sahaja, tapi walaubagaimana pun, kami telah berjanji dengan Tok Nebe Nad
tanjung untuk makan malam bersama keluarganya. Kerana tidak sampai hati kami
telah berjanji pada Kak Yah akan kembali ke Kampung Datuk pada esok sebelum pulang
ke Malaysia untuk makan tengah hari di rumahnya. Pada malamnya, kami telah
dijamu oleh keluarga Tok Nebe dengan pelbagai makanan laut yang sangat sedap
dan kami berasa sangat terharu kerana kehadiran kami disana disambut mesra oleh
semua . terima kasih diucapakan kepada Tok Nebe dan semua.
Hari
terakhir | 17 Okt 2013
Seusai
solat subuh kami teruskan lagi aktiviti pagi dengan membaca matsurat,
mengharapkan pertolongan daripada Allah. Selepas sarapan kami bermaafan dan
berterima kasih pada Tok Nebe kerana sudi memberikan kami tempat tinggal
sepanjang berada di nad Tanjung dan kami juga sangat berterima kasih kepada
Ustaz Osman yang sangat menyambut kedatangan kami ke sana, setiap kali ke sana
sambutan dan layanan yang di berikan mereka membuat diri rasa semakin saying
dan rapat dengan mereka. Selesai semuanya, kami meneruskan perjalanan ke
destinasi pertama iaitu Masjid Kerisik selepas itu kami ke Masjid Jamek
al-Fathoni, Masjid Raja, Prince
University of Songkla, Kampung Datuk, kami sekali lagi ke Kampung Datuk kerana
telah berjanji dengan Kak Yah untuk makan tengah hari disana. Layanan Kak yah
dan keluarga membuatkan kami rasa seperti
mahu tinggal lagi di sana untuk beberapa hari namun begitu tiket bas
telah dibeli dan kami juga tidak mungkin boleh tinggal lebid dari kerana kami
wajib memaklumkan pada En Wan Abdul Rahman setiap gerak kerja kami. Selesai
makan dan solat zohor di Masjid Kampung Datuk, kami bergerak pulang ke Tak Bai,
sebelum sampai ke Tak Bai destinasi terakhir kami ialah ke Masjid Wadi
Hussein(Telok Manok). Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke tak Bai
sesampai saja di Ayata kami menuju ke imegresen terus kerana hari sudah petang
dan orang sangat ramai. Beberapa minit menunggu kami menaiki bot dan sampai di
Pengkalan Kubor. Semasa di Pengkalan kubor aku sempat member pesan dan kesan
kepada semua sukarelawan dan mengingatkan semuala kepada mereka tentang gerak
kerja selepas program, tepat jam 730 malam bas sampai mereka berlapan menaiki
bas balik ke Kuala Lumpur, dan aku dan tiga lagi sukarelawan balik ke rumah di
Kota Bharu.
Tengku Farhanan Bt Tengku Mohamed
Bachelor Of Industrial Psychology
Tengku Farhanan Bt Tengku Mohamed
Bachelor Of Industrial Psychology
No comments:
Post a Comment