Malaysia (GPM) (dua hari satu
malam)
13
Oktober 2013. Ahad.
Pada
pagi yang indah, jam 6.00 pagi, relawan perempuan bangun untuk menyiapkan
diri untuk meneruskan misi yang pertama. Saya (Hazirah) dan Hajar memasukkan
motorsikal honda dan lagenda ke dalam rumah. Jam 7.05 minit relawan perempuan
membeli makanan dan minuman untuk mengalas perut. Kemudian, jam 7.30 pagi Dari
Rumah Anjung Bestari nak menuju ke BB bersama dua belas relawan iaitu Amirul,
Solehuddin, Mior, Azhaari, Harris, Hazirah, Hajar, Leja, Azmah dan Bella. Kami menaiki dua buah kereta satu teksi dan
satu lagi kereta kawan kami iaitu Firdaus ketika itu jam sudah menunjukkan
pukul 7.45 petang dan kami membayar sebanyak RM 10.00.
Kami
menunggu jarum jam 8.00 pagi di tangan kami. Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi
kami menangkat barang dan bergerak menuju ke bas untuk dinaiki terus ke KTM
Sungai Buluh. Kami dikenakan bayaran RM 2.40. kemudian sampai ke KTM Sungai Buluh
ketika itu jam 9.10 minit sahabat kami iaitu Amirul Sumar yang wakil membeli
tiket untuk kami semua. Setibanya monorel atau tren di hadapan kami, relawan
perempuan dan relawan lelaki akan berpecah kerana khas untuk perempuan
disediakan oleh LRT tersebut. Selang beberapa minit kami sampai di KL Sentral
kami diberikan masa untuk membeli barang, pergi tandas, makan dan minum di
kawasan KL Sentral. Relawan perempuan berjalan bersama-sama menuju ke tandas,
saya diberikan amanah oleh mereka untuk menjaga beg mereka ketika itu jam saya
sudah menunjukkan 10.30 pagi.
Kami
menyuruh sahabat kami Amirul untuk membeli tokan untuk menuju perjalanan ke
Taman Melawati. Kami sampai ke Taman Melawati iaitu seketeriat GPTD dengan
menaiki teksi tepat-tepat jam 12.00 tengahhari dengan bayaran teksi RM 10.00 sahaja. Kami pun naik keatas untuk meletakkan
barang kemudian kami didatangi oleh sahabat kami iaitu Fakhrul untuk membuat
penerangan ringkas mengenai pengalaman yang beliau lalui untuk kami membuat
persediaan yang belum lengkap atau selesai.
Pada
jam 1.05 minit, kami bersama-sama untuk menunaikan solat zuhur secara berjemaah
selesai solat kami membuat sesi tadabur Al-Quran seorang demi seorang untuk
dikongsikan sedikit kepada kawan-kawan serta mengkongsikan pendapat dan
pandangan ketika itu jam saya menunjukkan pukul 1.40 minit petang. Sahabat kami
Fakhrul membeli sedikit makanan untuk di makan bersama kami menjamah dengan
selera iaitu nasi ayam penyek. Jam 3.15 minit petang kami duduk bersama di
dalam bulatan setiap seorang perlu menjawab soalan “cepus emas”. Apa yang
tergerak hati nak ikut sertai pergi ke jejak patani? Anda pergi ke sana untuk
apa?
Selain
itu, 4.25 minit kami solat asar secara berjemaah dan sampai pusingan jam 5.05
minit petang kami duduk semula di dalam bulatan dan setiap seorang perlu
menulis travelog dari UNISEL sampai ke GPTD pusat sambil dibimbing oleh
Fakhrul. Kami diberi masa untuk bersiap mengambil wuduk untuk Solat maghrib
secara berjemaah. Kemudian selesai solat kami membuat perkongsian tazkirah 2
minit untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain selepas itu azan isyak
berkumandang dan kami menunaikan solat isyak secara berjemaah. Kami diberi masa
10 minit untuk bersiap dan berkumpul di ruang tamu untuk melihat cara-cara
membuat dokumentari.
Fakhrul
memberikan kami masa selama 45 minit untuk membuat dokumentari. Setiap orang
perlu membuat dokumentari selama 2 minit mengenai buku yang kamu baca. 2 kali
kami membuat sampaikan ada yang tidak cukup masa. Selesai membuat dokumentari
kami diminta untuk berkumpul semula untuk melihat dokumentari masing-masing.
Apa kelemahan yang kita hadapi dan perlu dipebetulkan. Dan setiap sukarelawan
perlu menuliskan berapa bintang untuk kawan-kawan anda. Kami diberi masa selama
lima minit untuk minum air. Kemudian, sesi seterusnya Farhanan membahagikan
tugasan yang perlu dihantar pada waktunya dan siapa yang perlu mengutipnya.
Farhanan juga memberitahu tugasan yang perlu dibuat oleh setiausaha dan
bendahari serta membuat perkongsian kepada semua orang selepas balik dari
Patani. Pelbagai tugasan yang perlu kami selesaikan sebelum tamat tempoh tarikh
yang dipersetujui.
Selepas itu,
selesai semuanya, kami diberikan masa rehat untuk tidur. Sebelum tidur, kami
makan nasi untuk berpuasa esok hari ada sahabat kami yang lain sudah tidur, ada
diantara kami masih belum tidur dan bersembang dengan Huzaifah mengenai
pelbagai perkongsian dan pengetahuan yang kami dapat. Jam 12.00 malam kami pun
tidur kerana esoknya kami mesti bangun awal.
14 Oktober 2013. Isnin.
Pukul 6.00 pagi kami
bangun dan solat subuh serta membaca Al-ma’tsurat secara bersama-sama. kami
membuat sedikit tazkirah ringkas seorang demi seorang. Jam 8.00 pagi, kami
menangkap gambar seorang demi seorang untuk membuat data jejak patani yang
pergi ke selatan Thailand. Kemudian, kami semua diminta untuk berkumpul
bersama-sama di ruang depan untuk membincangkan tempat yang boleh membuat
dokumentari setiap relawan jejak patani. Saya diminta untuk membuat dokumentari
di PSU iaitu Prince Of Songkla Universiti.
Bukan
itu sahaja, 9.45 pagi kami membuat gerak kerja untuk dokumentari semasa, dan
selepas, isu-isu semasa dan sebagainya. Memadangkan kami berpuasa kami
meneruskan sesi aturcara perbincangan kami. Jam 11.00 pagi kami merehatkan
minda sampai pukul 1.00 petang. 1.15 petang kami bersama-sama solat jemaah dan
selesai solat kami membuat tazkirah pendek kemudian kami membuat sesi lakonan
berdasarkan watak yang ada di patani seperti Che We, Ustaz dan sebagainya.
Jam
5.00 petang kami didatangi oleh Putri
dan Huzaifah, kami diberi sedikit pesanan dan pengalaman oleh Putri. Pesanan
yang cukup untuk kami membawa bekalan yang terawal sebelum kami berada di sana.
Selesai Putri memberi pesanan kami melakonkan balik watak tadi dan belajar
sedikit bahasa Kelantan yang dibimbing oleh Farhanan. Jam 5.20 petang Suhail
memberikan sedikit pesanan dan nasihat kepada kami sebelum kami bertolak ke
Patani. Banyak kata-kata semangat yang diberikan kepada kami.
6.30
petang kami bersiap untuk membuat persiapan dan ada di antara kami yang membeli
makanan untuk berbuka puasa. Jam 7 lebih azan maghrib berkumandang di masjid
berdekatan kami semua menunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak dan
berniat musafir selesai solat kami duduk beramai-ramai untuk berbuka puasa lauk
yang paling enak kami makan ialah makan nasi goreng dan telur dadar tak terlupa
juga sambal belacan. Selesai makan kami berkemas dan bersiap Huzaifah serta
Fakhrul menghantar kami semua di stesen bas secara bergilir-gilir dengan sebuah
kereta Ezora mula-mula menghantar relawan lelaki kemudian baru relawan
perempuan.
Kami
sampai di stesen bas di Greenwood jam 8.30 malam. Bas yang perlu kami naiki
ialah bas Transional. Tiket bas kami jam 9.00 malam Kami semua sempat
berbual-bual sambil makan sedikit juadah yang dibeli oleh Fakhrul. Agak lama
juga kami menunggu sehinggalah jam 11.30 malam. Kemudian bas baru ada ketika
itu jam 11.45 kami terpaksa naik kerana takut bas yang akan datang terlalu
lambat atau tidak ada langsung. Kami naik sahaja bas terus tidur kerana terlalu
penat.
Dari Malaysia ke Patani (tiga hari dua malam)
15 Oktober 2013. Selasa.
Pada
jam 5.55 pagi kami sampai di Kuala Kubur kami menunaikan solat subuh ada di
antara kami menjaga barang secara bergilir-gilir. Selesai solat kami 6.50 pagi
kami menuju ke Imagresen untuk di cop kerana mahu pergi ke selatan Thailand.
Alhamdulillah semuanya mudah dan berjalan lancar. Jam 7.00 pagi kami menaiki
bot dengan bayaran RM 24.00 setiap seorang sukarelawan RM 2.00 kami sampai di
Thailand lebih kurang 10 minit sahaja. kemudian kami terus ke imegresen
Thailand dan dijemput oleh Ustaz Nawawi.
Kami
sampai di rumah anak yatim Ayata jam 7.45 pagi kami bersiap untuk menunaikan
solat hari raya aidiladha di padang besar sekolah ada di antara kami bersarapan
dahulu sebelum bergerak. Jam 8.15 kami berjalan kaki untuk menunaikan solat
hari raya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Jam 9.45 pagi kami sampai
semula di rumah anak yatim Ayata selepas selesai solat hari raya. Jam 10.00
pagi kami membaca Al-mathsurat beramai-ramai dan tazkirah dua minit secara
ringkas. Dan jam 10.30 Ustaz Nawawi memberi serba sedikit mengenai pernubuhan
Ayata di Takbai. Sesiapa yang hendak menjadi AJK Ayata mestilah beliau anak
yatim kerana dapat merasai apa yang budak merasai.
Di
samping itu, jam 11 pagi mereka menumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan,
saya berasa takut tetapi sahabat saya iaitu Hajar menegurku kerana kalau kita
takut daging tersebut akan menjadi haram jika makan. Kemudian, jam 11.30 pagi
kami membuat gotong royong beramai-ramai bersama adik-adik anak yatim untuk di
masak bersama-sama. banyak juga yang kami pelajari. Masakan menu pertama adalah
sup daging, daging masak kicap dan sebagainya. Di samping itu tidak terlupa
juga kepada kumpulan Hayrat dari turki yang banyak menolong dan membantu anak
yatim Ayata dalam memyambut aidiladha dengan sempurna. Selang satu jam kami
menunaikan solat zuhur kerana azan sudah berkumandang selesai solat anak-anak
yatim diminta untuk berkumpul di dalam dewan Ayata untuk kami memberikan daging
setiap bungkus kepada anak yatim.
Selesai memberi
kami menangkap gambar dan memberikan anak yatim itu makan ais cream yang ada di
luar. Kehebatan ais cream membuatkan kita menambah berulang-ulang kali untuk
makan ais cream. Kemudian, kami bersama adik-adik memasak menghidangkan makanan
bersama-sama untuk diberikan kepada semua orang. Jam 3.30 petang kami membasuh pinggan,
cawan dan dulang bersama-sama di luar parking tempat anak yatim. Alhamdulillah
dengan adanya kerjasama antara kami, kami dapat menghabiskan kesemua pinggan,
mangkuk dan dulang tersebut.
Masa berlalu
dengan cepat 3.45 minit kami berehat sekejap dan Ustaz Nawawi memberikan kami
minuman air kelapa muda yang baru diambil dari pokok serta sahabat kami iaitu
mior menolong kami mengambil ais cream kepada kami semua alangkah sedapnya.
Selesai minum relawan perempuan bersiap untuk pergi ke tempat penginapan kami
pada waktu malam. Penginapan relawan perempuan berada di kawasan masjid iaitu
di dewan mesyuarat mereka ketika itu jam 4.20 petang. Saya menulis sedikit
catatan untuk dirujuk semula dalam travelog. Sambil menghayal dan tertidur
seketika.
Terjaga 6.25
minit malam jam Thailand bersamaan 7.25 minit jam Malaysia sudah berkumandang
azan maghrib. Kami solat maghrib secara berjemaah dan selesai solat kami
bersembang dengan mak cik- mak cik di situ. Saya dan sahabat saya iaitu Ummah
terus ke rumah Ayata dan selang beberapa minit sahabat lain pun tiba. Relawan
perempuan terus panaskan makanan untuk dimakan bersama-sama. selesai makan kami
semua berkumpul di ruang tamu untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh Che
We untuk tentatif bergerakan kami keesokan harinya. Pelbagai gambaran yang
diberikan oleh Che We melalui power point korban yang berlaku di Takbai, Ayata
dan Nad Tanjung. Banyak gambaran yang kami banyakkan untuk keesokkan harinya.
Che We memberitahu kami esok mestilah bertolak pada pukul 7.00 pagi jam
Thailand dan 8.00 pagi jam Malaysia. Hal ini kerana, kami perlu sampai di Nad
Tanjung sebelum pukul 9.00 pagi. Kemudian, Saya, Bella dan Azmah membasuh
pinggan dahulu sebelum balik.
Jam 8.45 minit
malam Che We selesai memberi taklimat kepada kami. Dan kami diminta untuk
membuat bulatan untuk membuat perbincangan sedikit. Kami mengeluarkan pelbagai
pendapat dan pertanyaan untuk pergerakan esoknya. Setiap seorang perlu
memberitahu kesan dan pesan kepada sahabat-sahabat lain. Relawan perempuan pun
balik ke dewan mesyuarat iaitu penginapan kami dengan melalui jalan masjid.
Jalan yang penuh gelap dan ada cahaya di masjid. Selain itu, sampai sahaja
relawan perempuan kami terus kunci pintu dan naik atas terus bersiap untuk tidur
kerana esok perlu bangun pukul 4.00 pagi.
16 Oktober 2013. Rabu.
Pagi di perantauan Takbai,
kami bangun jam 4.45 pagi, relawan perempuan bersiap untuk ke masjid untuk
menunaikan solat subuh. Jam 5.30 pagi saya dan Ummah berjalan dahulu kemudian
yang lain menyusul ke rumah Ayata. Kami menyiapkan sarapan pagi untuk mengalas
perut sebelum bertolak ke destinasi seterusnya. Jam 7.10 Thailand bersamaan
8.10 minit Malaysia kami semua bertolak ke Ayata kerana van yang kami naiki
sudah sampai. Kami semua menyusun barang di dalam van sepanjang perjalanan
kami, kami membaca Al-mathsurat bersama-sama. sepanjang jalan amatlah indah
setiap perkampungannya sama seperti di Malaysia.
Selain
itu, kami sampai di surau Aur di Nad Tanjung jam 9.30 pagi, masjidnya masih
lagi kukuh dan digunakan oleh penduduk kampung untuk menunaikan solat berjemaah
beramai-ramai. suraunya dikatakan tidak menggunakan paku hanya dimasukkan ke
dalam celah-celah kayu dan suraunya boleh diangkat serta keluasan yang luas di
dalam dan di luar. Suraunya dikatkan ada persamaan dengan surau di Kelantan.
Kemudian, umi
dan mama adalah gelaran yang mereka suruh panggil kami di situ tidak panggil
mak cik- mak cik. Di situ menjemput
relawan perempuan untuk makan dahulu umi dan mama di situ sudah menyediakan makan
pagi untuk kami. Kami sempat berborak-borak dengan umi dan mama di situ. Di
samping itu, jam 10.00 pagi relawan perempuan diminta untuk pergi ke padang
untuk melihat aktiviti korban. Terdapat dua Pelajar PNU (Prince Naratiwat
Universiti) datang melawat kami di Nad Tanjung iaitu Abdul hakim dan
sahabatnya. Kami bertaaruf dengan mereka dan sempat berkongsi mengenai raya
aidiladha yang berlaku setiap tahun di sini bagaimana. Kami membincangkan
isu-isu semasa serta bertukar isu kepada mereka. Mereka menjemput kami datang
ke kampung halaman mereka. Katanya ada aktiviti di kampungnya.
Penduduk kampung
di situ menumbangkan 3 ekor lembu untuk dibahagikan kepada orang-orang kampung
dan anak-anak yatim di Nad Tanjung tersebut. Kali pertama melihat darah yang
memancut keluar dari lembu secara tercurah-curah. Bayangkan manusia apabila
ditarik nyawanya oleh malaikat. Allahuakhbar. Kemudian jam di tangan saya
menunjukkan 10.30 pagi kami diminta untuk menagihkan daging-daging korban
kepada anak-anak yatim tersebut. selesai menagihkan daging anak-anak yatim itu
diminta untuk beratur kerana ada orang hendak memberi makanan ais cream pada
setiap orang. Mereka boleh menambah ais cream sekiranya mahu. Terdapat dua tong
ais cream yang berlainan rasa.
Kemudian, kami
bergambar di hadapan sekolah dan pejabat yang baru separuh selesai dibina atas
usaha Che We. Sangat luas tempat itu, Alhamdulillah atas sumbangan Hayrat turki
dan lain-lain siap segalanya. Selepas itu saya pergi ke tempat masakan untuk
melihat umi dan mama masak untuk hidangan tengahhari. Saya dan Ummah menolong mama
itu memotong bawang besar untuk dimasak daging masak kuning. Kemudian sahabat
saya yang lain menunaikan solat zuhur secara berjemaah ketika itu jam sudah
menunjukkan pukul 2.00 petang Malaysia dan Thailand jam 12.00 tengahhari waktu
zuhur.
Jam
2.30 petang kami baru selesai habis makan secara berjemaah banyak juga yang
kami sembang sambil makan antaranya lauk sup daging, nasi minyak dan lain-lain
lagi. Sambil makan kami menanyakan resepi kepada umi dan mama di situ. Selesai
makan kami meminta izin untuk meneruskan perjalanan kami kerana kami perlu
pergi ke Kampung Datok. Semasa perjalanan kami, kami berhenti di kedai sim card
untuk memudahkan kami menalifon orang di sana sekiranya mengalami masalah.
Malangnya kami tidak dapat membeli kerana perlu menggunakan kad pengenalan di
situ walhal sebelum ini boleh sahaja menggunakan passport. Perjalanan kami
diteruskan.
Kami
sampai di Kampung Datok jam 3.25 minit petang. Van yang kami naiki tidak boleh
masuk ke dalam kerana jalan ke rumahnya sempit hanya motorsikal sahaja yang
muat. Kami semua berjalan kaki menuju ke rumahnya sepanjang jalan untuk sampai
ke rumahnya kami menegur sapa dengan penduduk kampung di situ. Alhamdulillah
mereka sangat menyenangi kehadiran kami dan sungguh peramah. Kami sampai di
rumah Cikgu Din tetapi dia tiada hanya anak dia sahaja. Sahabat saya memanggil
beliau di kedai kopi yang berdekatan dengan tempatnya. Kami dihidangkan dengan
hidangan yang sedap antaranya agar-agar yang berwarna warni, keropok, dan
sebagainya. Bertambah-tambah kami makan. Cikgu Din menceritakan mengenai
sekolah yang ada di situ serta tahun berapa pengajaran dan bermacam-macam lagi.
Lama juga kami bersembang di rumah Cikgu Din dari hujan berhenti dan hujan
balik.
Cikgu Din
menyuruh kami datang rumahnya esok kerana beliau menjemput kami makan
tengahhari dirumahnya sebelum balik Malaysia. “Beliau berkata kami tidak tidur
di rumahnya malam ini beliau suruh kami makan nasi dirumahnya esok”. Kami berat
hati untuk menolak. “kami menyebut insyaAllah”. kami perlu menyusun jadual
semula untuk destinasi keesokan harinya. Hujan kali ketiga sudah berhenti kami
pun meminta izin untuk pulang jam di tangan saya menunjukkan pukul 5.25 minit
petang. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Nad Tanjung.
Kami sampai di
rumah Tok Nebe pada jam 6.30 petang. Relawan perempuan bermalan di rumah Tok
Nebe manakala relawan lelaki di dewan masjid yang berdekatan dengan rumah Tok
Nebe. Relawan perempuan diberi rehat sebentar sementara menunggu maghrib.
Kemudian, relawan perempuan dihidangkan minuman petang iaitu air the, ketupat
dan buah-buahan. Azan maghrib berkumandang relawan perempuan menggunakan bilik
air secara bergilir-gilir sementara menunggu giliran kami membuat persiapan
untuk membuat dokumentari keesokan harinya di tempat yang diberitahu sebelum
ini. Selesai sudah van kami sampai untuk membawa kami pergi makan. Tok Nebe
memberitahu kami hari ini kita makan di rumah adik iparnya. Sepanjang
perjalanan sangat gelap dan kami seperti berhati-hati takut apa-apa berlaku.
Kami sampai di
rumah adik ipar Tok Nebe jam 8.30 malam. Alhamdulillah tidak sampai dua minit
makanan kami sudah dihidangkan lauk yang sangat menyelerakan. Sahabat-sahabat
saya makan dengan penuh semangat. Hari ini makan paling banyak sekali. Selesai
makan saya dan Ummah bersembang dengan kakak dan adik di rumah itu, mereka
menanyakan kami bermacam-macam soalan dan kami menerangkan dengan mudah dan
satu persatu kerana takut mereka tidak faham dengan bahasa kami. Selesai
bersembang kami diminta untuk bergambar bersama-sama mereka dan kami berterima
kasih kepada mereka kerana memberi kami hidangan yang sangat sedap sekali.
Kami pun pulang
semula ke rumah Tok Nebe kerana Tok Nebe membuat makan-makan di luar iaitu
udang bakar, ikan bakar, kerang dan sebagainya. Relawan perempuan sempat
bersembang dengan dua orang sahabat baru kami yang belajar di Mesir. Relawan
bertukar pendapat dengan mereka banyak maklumat yang kami dapat berkenaan
dengan pembelajaran. Relawan perempuan minta izin untuk masuk dulu kerana mahu
rehat dan relawan lelaki masih makan lagi sementara menunggu van untuk
menghantar mereka pulang ke dewan masjid. Relawan perempuan bersiap untuk mandi
sebelum tidur. Kami perlu bangun awal esok pada jam 5.00 pagi.
17 Oktober 2013.
Khamis.
Pagi di perantauan Nad
Tanjung. Relawan perempuan bangun jam 5.00 pagi. Solat subuh dan membaca
Al-Mathsurat bersama-sama. Jam 7.00 pagi relawan lelaki sampai di rumah Tok
Nebe. Isteri Tok Nebe dan umi menghidangkan
makanan yang enak sekali, kami makan bersama-sama. Selesai makan kami
mengemas pinggan makanan yang dimakan tadi untuk dibawa ke dapur. Kami
bersiap-siap untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Sebelum kami bergerak kami
meminta untuk bergambar bersama-sama. Kami sempat memberi alamat serta nombor
telefon sekiranya mereka datang ke Malaysia. Jam 7.45 pagi kami pun bergerak
sambil melambai-lambai tangan kepada mereka.
Sepanjang
perjalanan saya melihat pemandangan yang indah sekali pertama kali berpijak di
bumi Patani. 8.30 pagi kami sampai di masjid kerisik. Masjid krisik dikatakan
berlaku pembunuhan yang melibatkan ramai rakyat terkorban akibat tentera Thailand.
Mereka telah dikepong oleh tentera dan tidak boleh keluar langsung helikopter
tembak melalui atas dan di tepi-tepi masjid pun melepaskan tembakan. Saya
melihat di sekeliling masjid kerisik itu terdapat kesan tembakan di batu-batu
tersebut. agak teruk sekali hanya beberapa orang terselamat kerana mereka
membuat-buat mati. Masjid kerisik itu baru dibaik bulih dalam beberapa bulan
supaya tidak runtuh dan boleh para jemaah untuk menunaikan solat di situ.
Sementara menunggu sahabat saya membuat dokumentari mengenai masjid tersebut
saya dan Hajar membuat dokumentari di luar masjid untuk praktis ayat supaya
sampai di tempat kami iaitu PSU (Prince Of Songla Universiti) kami berdua tidak
gagap dan takut.
Selesai
di masjid kerisik kami meneruskan perjalanan kami ke PSU (Prince Of Songla
Universiti). Kami sampai jam 8.45 minit pagi. Tempat itu berdekatan sahaja dan
tidak jauh dengan masjid kerisik. Saya membuat dokumentari di hadapan pintu
masuk PSU (Prince Of Songla Universiti) dibimbing dan dirakam oleh sahabat saya
iaitu Amirul Sumar. Sebanyak dua kali saya membuat dokumentari saya
menceritakan mengenai buku yang say abaca iaitu Jalan Panjang Menuju Damai Di
Patani. Buku ini mengisahkan mengenai kejadian, kehilangan, penganiayaan dan
pembunuhan yang berlaku di patani. Bekas perdana menteri iaitu Thaksin Shinawa
mengatakan “Lebih 100 orang dikatakan hilang” kemudian saya menceritakan satu
kes pembunuhan yang telah menyentuh hati saya bertapa besarnya pengorbanan
beliau dalam mempertahankan maruahnya. Beliau ialah Imam Yakpa Kaseng. Beliau
mati dengan begitu kejam sekali. Keluarga dan sanak saudara beliau telah diusir
oleh tentera dan tidak boleh melawat Imam Yakpa Kaseng. Allahuakhbar.
Selesai saya
dokumentari Syakira pun datang dan relawan perempuan bersalam dengan beliau.
Beliau merupakan pelajar di university tersebut. beliau pernah berkunjung ke
UNISEL untuk melawat kami di Malaysia. Syakira mengajak kami untuk melawat
sekitar PSU (Prince Of Songla Universiti). Kami berpusing-pusing sekitar
kawasan university kami melihat bangunan pembelajaran mereka ada lapan bangunan
yang berlainan bidang dan banyak pembahagiannya. Kami berhenti di belakang dewan
untuk bersembang seketika sebelum berangkat pulang sementara menunggu sahabat
kami iaitu Hajar membuat dokumentarinya. Yang lain bersembang dengan Syakira
sambil bertukar-tukar pedapat mengenai isu-isu semasa si sini serta bidang yang
ada di universiti tersebut.
Syakira
menjemput kami untuk datang di rumahnya tetapi kami tidak sempat untuk
berkunjung kerana ada perkara yang belum kami selesaikan. Kami berkata kepada
beliau insyaallah sekiranya ditakdirkan datang lagi kami akan datang ke rumah
Syakira. Sebelum meminta izin untuk pulang kami bergambar beramai-ramai untuk
membuat kenangan dan sempat kami menyuruh Syakira kirimkan salam kami kepada
mereka.
Selepas itu kami
menuju ke Masjid Jamek di Patani. Sampai di Masjid Jamek jam 10.15 minit pagi. Masjid
Jamek ini mempunyai keluasan yang luas dan boleh memuatkan jemaah untuk
menunaikan solat. Peristiwa seminggu puasa dikatakan imam masjid jamek
meninggal dunia akibat ditembak oleh tentera. Kami sempat membuat dokumentari
sempena mengucapkan hari raya aidiladha di perantauan dan sahabat saya yang
lain membuat dokumentari mengenai bukunya. Selepas itu, kami meneruskan
perjalanan kami untuk sampai di Masjid Di Raja Al Fatoni iaitu dikenali sebagai
Masjid Raya Fatoni. Masjid ini dikatakan masjid raja dulu-dulu dan dibina pada
zaman Tungku besar ataupun Sultan Muhamad raja pertama di negeri Fatoni. Di
dalam masjid itu terdapat mimbar yang berbentuk ukiran di raja sama juga di
bahagian luar masjid terdapat ukiran seperti di istana.
Di sebelah luar terdapat sebuah perigi yang
airnya sangat jernih. Kami sempat bersembang dengan seorang AJK masjid
berkenaan iaitu Haji Ahmad Bin Othman yang merupakan penjaga masjid tersebut
beliau yang menceritakan mengenai sejarah masjid tersebut kepada kami ketika
itu jam menunjukkan 10.30 pagi. Sahabat kami iaitu Ummah belanja kami makan ais
cream coklat dan di dalamnya terdapat susu pekat. Pertama kali saya makan ais
cream itu selera betul kami makan ais cream. Selesai makan kami pun minum air dan
kami keluar dari Masjid Raya Fatoni jam 10.45 minit pagi.
Kemudian, kami
meneruskan perjalanan untuk ke rumah Cikgu Din seperti yang dijanjikan untuk
makan nasi tengahhari di rumah beliau. Kami sampai di rumah Cikgu Din jam 11.20
tengahhari. Sebahagian sahabat saya iaitu Farhanan, Amirul dan Mior membuat
dokumentari di Masjid kampung Datok. Relawan perempuan menolong Kak Yah iaitu
isteri Cikgu Din untuk menyiapkan makanan di dapur untuk dihidangkan di ruang
tamu. Makanan yang disediakan untuk kami ialah sup daging, telur, sambal
belacan dan daging goreng. Sungguh sedap dan enak sekali sampaikan tidak
terkata untuk kami makan. Kak Yah memberitahu kami Cikgu Din tidak sempat untuk
balik kerana beliau ada hal yang perlu diuruskan segera. Dan Cikgu Din
mengirimkan salam kepada kami. Kak Yah menambahkan lauk kepada kami setelah
melihat lauk kami sudah habis. Relawan lelaki ada yang menghirup kuah sup
daging katanya sangat sedap. Kami meminta resepi kepada Kak Yanh dan Kak Yah
memberitahu kami satu persatu. Selesai makan kami berkemas dan bawa ke dapur.
Kemudian, kami
meminta untuk membeli keropok ikan yang dibuat oleh Cikgu Din. Sahabat saya
menanyakan kepada Kak Yah “boleh atau tidak kami guna duit Malaysia kerana kami
tidak sempat untuk menukar duit Thailand” Kak Yah berkata boleh tetapi Kak Yah
meminta tolong Ummah untuk mengira kerana beliau tidak pandai sangat dengan
duit Malaysia lainlah suaminya sudah biasa. Harga sebungkus keropok ikan
hanyalah RM 2.50 puluh sen sahaja. Terdapat dua jenis keropok ikan satu rasa
iakn biasa dan satu lagi perisa keropok kopi. Kami beli dengan banyak sekali
dan Kak Yah memberi percuma satu kepada kami setiap orang. Selesai membeli,
kami mengucapkan terima kasih kepada Kak Yah dan yang lain-lain kerana sudi
menerima kami dan juga sudi menyediakan makanan kepada kami. Kirimkan salam
kami pada Cikgu Din. Ketika kami keluar dari rumah Cikgu Din azan sudah
berkumandang untuk menunaikan solat zuhur ketika itu jam 12.05 minit jam
Thailand dan Jam Malaysia pukul 1.05 minit petang.
Sementara sahabat
saya yang lain menunaikan solat zuhur di Masjid Kampung Datok yang berdekatan
dengan rumah Cikgu Din. Saya dan Ummah berjalan menuju ke laut yang berdekatan
dengan Kampung Datok. Katanya penduduk di sini mencari udang, ikan dan
lain-lainnya sangat mudah dan senang. Sambil saya berjalan dengan Ummah kami
ditegur sapa oleh penduduk di situ dengan penuh ramah sekali ketika itu jam
menunjukkan pukul 12.30 tengahhari. Jam 1.00 petang kami baru keluar dari
Kampung Datok. Kami meneruskan perjalanan kami untuk menuju ke Telok Manok. Jam
2.00 petang kami sampai di Telok Manok. Di situ terdapat Masjid Wadi Al Husien.
Masjid ini dibina berpuluh-puluh tahun dahulu. Masjid ini juga tidak
menggunakan paku dan keluasan masjid ini boleh menampung beratus-ratus jemaah untuk
menunaikan solat. Ukiran pada kayu ini sangat halus dan dibina pada tahun 1358
bertahun lamanya sampai sekrang masih kukuh. Dan bersebelahan masjid ini
terdapat berkuburan islam dan juga di hujung padang bola itu terdapat makan
para syuhada yang terkorban di Takbai pada tahun 2004.
Sebelum balik
kami sempat bergambar di hadapan Masjid Wadi Al Husien jam 2.30 petang. Kami
naik ke van untuk meneruskan perjalanan kami menuju ke Takbai untuk balik ke
Malaysia ketika itu jam 2.35 minit petang. Sepanjang perjalanan kami melihat
suasana di Patani untuk misi terakhir sebelum kami balik ke Malaysia. Ada di
kalangan kami tertidur sebentar kerana kepenatan. Sedar-sedar kami sudah sampai
ke Takbai. Relawan lelaki bersalam dengan abang van itu dan mengucapkan terima
kasih. Sekiranya umur dipanjangkan oleh Allah kita dapat berjumpa kembali. Kami
memberikan duit pengangkutan kepada abang van sebanyak RM 700.00 untuk tiga
hari dua malam.
Kami berjumpa
dengan Che We dan Che We mengatakan kepada kami bagaimana perjalanan kamu
seronok atau tidak. Banyak jugalah pengalaman yang kami ada dan ilmu yang kami
timba. Kami mengambil barang di van dan berjalan sikit ke hadapan untuk
mengecop passport untuk pulang ke Malaysia. Kami diminta beratur sementara
menunggu giliran satu persatu. Kemudian Che We memberitahu kami untuk menaiki
bot perlu berjalan ke sana kerana pengangkutan bot hanyalah di sana. Hanya
seorang sahabat saya tahu tempat pengangkutan bot tersebut. Selesai semuanya
mengecop kami berjalan untuk menuju tempat pengangkutan bot. Agak jauh
tempatnya dari cop pasport. Kami berjalan perlahan-lahan untuk sampai ke
destinasi.
Setelah sampai,
ketua kami iaitu Farhanan membenarkan kami untuk membeli barang sedikit sebelum
menaiki bot. Relawan lelaki menjaga beg relawan perempuan sementara relawan
perempuan membeli sedikit barangan. Selesai relawan perempuan relawan lelaki
pula yang membeli makanan. Kemudian, sahabat kami iaitu Ummah membeli tiket bot
dengan bayaran sebanyak RM 1.00 seorang kali dengan dua belas orang bersamaan
RM 12.00 semuanya. Sementara menunggu bot sampai kami sempat bergambar dan
bercerita sedikit pengalaman sebelum ini. Jam 5.15 minit petang bot pun sampai
kami berpusu-pusu untuk menaiki bot. Alhamdulillah semuanya ada tempat duduk
tiada yang berdiri. Ketika kami di dalam bot tersebut ada sebuah bot lagi yang
terpaksa bot yang kami naiki menarik bot yang rosak itu untuk di bawa ke
seberang (Malaysia). Mula-mula agak takut tapi lama kelamaan sudah ok dengan
air laut yang tenang.
Jam 5.35 minit
petang sudah sampai ke Malaysia dan kami beratur untuk menunjukkan passport
kami kepada pergawai imigresen. Selesai menunjukkan passport kami. Kami
menunggu sahabat kami lagi seorang di luar bangunan. Selang beberapa minit
sahabat kami sudah sampai. Kami menuju ke gerai Mak Cik tersebut untuk
meletakkan barang dan berehat. Ketua kami menyuruh yang lain untuk menempah
makanan dan minuman sementara menunggu azan maghrib dan bas perdana. Sementara
menunggu makanan dan minuman jam di tangan saya menunjukkan pukul 6.35 minit
petang ketua kami iaitu Farhanan memberikan sedikit taklimat dan peringatan
yang perlu disiapkan dan dihantar mengikut tarikh yang telah dipersetujui
bersama.
Kemudian sedang kami bercakap bapa Farhanan
pun sampai di tempat kami. Sedang kami bercakap-cakap sambil makan azan
berkumandang menunjukkan waktu azan maghrib sudah masuk. Relawan lelaki
menunaikan solat maghrib dahulu sebelum relawan perempuan kerana hendak menjaga
barang. Banyak bas telah menunggu cuma bas perdana belum sampai. Sahabat saya
menunggu bas perdana dan antara kami empat orang sahaja yang tinggal di
Kelantan untuk meneruskan misi seterusnya. Jam 7.30 malam bas perdana
tempat-tempat sampai pada waktunya. Sahabat kami menaiki bas Perdana dan sempat
saya berpesan kepada Harris untuk menjaga Leja, Azmah dan Bella di dalam bas
nanti. Saya(Hazirah), Farhanan, Ummah dan Hajar balik menaiki kereta bapa
Farhanan untuk pulang ke rumahnya. Kami sampai jam 8.30 malam. Kami pun berehat
dan terus tidur awal kerana mahu meneruskan misi seterusnya di negeri Kelantan
ini.
sekian.
Hazirah Bt Muhammad Rosli
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Hazirah Bt Muhammad Rosli
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak
No comments:
Post a Comment