Saturday, 2 November 2013

Travelog Aktivis KQP'13 : "Kekaguman Adat dan Budaya Muslim Selatan Thailand"

Bismillahirahmanirahim….

Assalamualaikum w.b.t syukur Alhamdulillah kerana saya diberi peluang untuk mengikuti program kembara Qorban pattani 2013(KQP),kerana sememangnya sebelum ini saya belum pernah lagi mengikuti program yang sebegini dimana di samping kita berraya di Negara lain dengan penduduk di sana ,saya dapat juga mengetahui serba sikit kisah-kisah yang berlaku di Negara itu.walaupun sebelum ini saya  hanya dengar dari media-media,rakan-rakan dan laman social tetapi dengan saya mengikuti program ini saya dapat melihatsendiri keadaan di Negara tersebut.Alhamdulillah juga kerana saya dapat membuat travelog yang sebelum ini saya belum pernah but lagi dan ini juga salah satu pengalaman baru yang saya terima.Disini saya kongsi dalam travelog saya tentative hari pertama hingga hari terakhir kami di selatan thailnad.

Sebelum Program
Alhamdulillah pada 13 oktober 2013 kami aktivis kembara Qurban Pattani seramai 12 orang berpeluang untuk menyertai program ini.sebelum kami bergerak ke pattani thailnd 14 oktober 2013(9.30 pm) kami aktivis berkumpul dan bergerak  pada pukul 8.00 am ke KTM Sg Buloh dan terus bergerak ke Pejabat GPTD pusat yang terletak di Gombak, di mana kami akan bermalam semalam disana sebelum pergi ke program pada keesokkanya.

Ketika kami berada di sana antara program yang diadakan sebelum kami ke program.Pengarah program mengadakan satu sesi perkongsian untuk setiap aktivis,solat berjemaah pada setiap waktu dan baca mathsurat selesai solat subuh ,asar dan maqrib,tazkirah berantai.Selain itu sedikit pencerahan dari Seorang ahli GPTD unisel berkaitan cara menulis travelog,slot pada waku malam pula ialah ketua program memberitahu dokumentari yang bakal di buat dan memberitahu tempat yang akan kami buat dokumentari tersebut.

pada hari isnin dimana hari yang akan kmi bergerak ke tak bai kami sekumpulan berpuasa sunat arafah pada hari itu.sebelum kami bergerak kami sempat lagi kami belajar serba sikit bahasa Kelantan untuk mempermudahkan lagi komunikasi dengan penduduk di sana ,selain itu kami juga belajar untuk berkomunikasi dengan penduduk di sana dengan memainkan watak-watak penduduk di sana,seperti cek wei,kak sunjana,pelajar psu dan lain-lain .selesai itu kami juga diberi sedikit perkongsian oleh kak… ahli GPTD pusat.seterusnya kami juga berjumpah dengan pengarah GPTD pusat yang memberi pencerahan sikit berkaitan dengan program yang kami hendak pergi. Pada malam harinya ,pukul 8.00 kami bersiap untuk bergerak ke stesen bas Gombak tunggu bas untuk ke tak bai,kami dihantar oleh abg efa yang merupakan seseorang ahli GPTD pusat.dalam tiket bas waktu untuk kami bertolok ialah pada pukul 9.30 tapi malangya bas dating pada pukul 11.00 pm.


Hari Pertama
Sampai di pangkalan kubor sempadan Malaysia dan thailnad pada pukul 6.30 am kami bergerak untuk solat subuh.selesai itu kam terus bergerak ke imagresen untuk cop passport,setelah itu kami menaiki bot untuk ke sempadan thailnd di tak bai yang mengambil masa lebih kurang 3- 5 minit.sampai di tak bai pukul 6.50(waktu Malaysia) dan kami di sambut oleh ustaz nawawi.setelah itu kami terus bergerak ke imagrasen Takbai,Thailand untuk pendaftaran masuk.Selesai itu kami terus ke AYATA iaitu Rumah anak yatim di Tak bai sampai pukul 7.10(waktu Malaysia).setelah sampai di rumah anak yatim kami kami d beri sarapann dan kami juga bersiap untuk pergi sembayang hari raya Aidiladha pada pukul 8.30(waktu Malaysia).Pukul 9.45 selesai sembyang kami bergerak ke Rumah Anak yatim,sampai di sana kami membaca Mathsurat dan tazkirah berantai,setelah itu ada  kata ucapan atau pengenalan oleh pengerusi AYATA iaitu Ustaz nawawi.

Selesai itu,aktivit Qurban dijalankan pada pukul 11.00 am(waktu Malaysia) di kawasan AYATA itu.Selesai sembeleh,acara Rewang di jalankan dan kami aktivis turut sama mengikuti acara itu,dn juga mambantu penduduk kampong memasak untuk menyediakan makan tengah hari,manakala pihak lelaki pula memotong daging Qurban unuk diagih-agihkan kepada anak yatim.Selepas itu,pukul 2.23 P.M(waktu Malaysia) pembahagian daging Qurban  di jalankan di AYATA iaitu seramai 39 orang anak yatim yang menerima Daging Qurban itu.Setelah itu kami solat Zuhor dan selesai itu baru makan Tengah hari dan  mengemas semula barang-barang yang sudah digunakan.


Selepas itu kami aktivis perempuan bergerak ke masjid Jamik,Tak Bai dimana kami akan bermalam di asrama itu dan kami juga solat maqrib di masjid itu.selesai solat maqrib kami sempat wat profiling penduduk di kampong itu,saya sempa menemu bual seoarng mak cik yang Bernama cahrani Binti bani 60 tahun,Suri rumah,5 orang anak dan suami pencen(askar),Di mana menurut beliau sepanjang dia berada di tak Bai selamat juga Cuma jika masuk ke kawasan pattani agak bahaya sikit dan belaiu belum pernah lagi menjejakkan kali ke Pattani dan hanya duduk di tak Bai sahaja.Selesai itu kami bergerak ke AYATA untuk makan malam,sekaligus ada sedikit pendedahan oleh cek weh berkaitan aktiviti yng akan kami jalanka sepanjang berada di sana selama 3 hari.Selesai itu kami aktivis perempuan balik ke asrama masjid untuk berehat.


Hari Kedua


Pada pukul 7.30(waktu malaysia) kami aktivis berkumpul di AYATA untuk bersiap pergi ke Nad Tanjung,patani.Pukul 8.15 am(waktu Malaysia) kami bergerak ke nad tanjung dengan menaiki sebuah bas mini,sepanjang perjalanan kami apa yang saya lihat ialah terdapat beberapa orang askar yang menjaga di sepanjang perjalanan ke Pattani. Samapi di kg Aur pada pukul 10.00a.m(waktu Malaysia) kami di sambut oleh penduduk kampong dan kami dihidangkan makan pagi disana,selesai makan kami dipangil untuk pergi ke acara Qurban di sana dimana 3 ekor kerbau yang diQurbankan pada waktu itu,selesai sembeleh kami turut sama mengagih-agihkan daging kerbau itu kepada anak-anak yatim.Selesai itu kami sempat juga membuat profiling dengan penduduk di sana .apa yang saya dapat dari mereka ialah tentang isu semasa yang baharu sahaja berlaku ialah pengeboman yang berlaku di bank iaitu mesin ATM dibom pada hari yang sama di seluruh kawasan Bandar tersebut,yang berlaku sebelum hari Raya Aidiladha.Selesai itu kami pergi ke Surau Aur untuk meramh mesra lagi dengan penduduk di sana.Saya Dengan Rakan saya sempat pergi ke Rumah salah seorang penduduk di sana yang juga menerima daging Qurban (anak yatim) iaitu kak Mariam di sana kami melihat keadaan kampong di sana,setelah itu kami pulang ke Surau Aur solat dan menolong penduduk kampong untuk menyiapkan makan tengah hari.Selesai makan Tengah hari kami bersiap-siap untuk ke Kampung Datuk.


Pada Pukul 2.27(Waktu Malaysia) kami bergerak ke kampong datuk dan sampai pada pukul 3.00.pm(waktu Malaysia) kami pergi ke rumah cikgu Din dan kami dihidangkan makanan dan kami juga meramah mesra dengan mereka disana.pada Pukul 5.24p.m(waktu Malaysia)kami balik dan bergerak ke Rumah Tok Nebeh di Nad tanjung iaitu tempat untuk kami bermalam disana(aktivis Perempuan),manakala aktivis Lelaki pula akan bermalam di masjid.Pukul 6.00 P.m(waktu Malaysia) sampai di Rumah Tok Nebeh kami solat dan persiapkan diri.Pada Pukul 8.58 P.m(Waktu Malaysia)kami bergerak ke kampong servey ke Rumah Adik Tok nebeh untuk makan malam bersama mereka.disana saya juga sempat membuat Profilling kakak ipar Tok nebeh bernama Faridah Binti Cheman,45 tahun.Selesai itu kami bergerak balik ke rumah Tok Nebeh dan sampai pukul 10.22p.m(waktu Malaysia).Setelah sampai kami dihidangkan lag ikan bakar dan udang bakar dan bermacam-macam lagi oleh penduduk disana.sewaktu berada disana kami berjumpa dengan seorang pelajar Malaysia yang sekarang belajar di Mesir dan mengambil kos perubatan.Selesai makan-makan kami pun balik ke Rumah untuk berehat.


Hari Ketiga(terakhir)


Sebelum balik kami bergambar dengan penduduk disana untuk kenangan.setelah itu kami meneruskan perjalanan untuk ke Masjid kerisik iaitu kami gerak pada pukul 8.40a.m(waktu Malaysia)samapi di masjid kerisik kami melihat sendiri tentang sejarah yag berlaku di masjid kerisik itu dimana bekas tembakan kerajaan siam masih lagi ada di masjid kerisik itu.


saya juga membuat dokumentari di masjid itu.semasa saya di sana saya juga sempat membuat profiling sekali lagi dengan seorang mak cik yang juga pergi ke masjid itu untuk melawat iaitu Puan Aminah Binti hussin,60 tahun tinggal di yala,menerut mak cik itu ketika berlakunya peperangan di masjid itu dia sempat lgi melihat darah-darah penduduk yang terkorban semasa selesai solat fardu dimana menurut beliau jumlah yang meninggla waktu itu angaran 35 orang.


Selesai Di masjid kerisik kami bergerak ke Princess Of Songkla Universiti(PSU)pada pukul 9.30 am (waktu Malaysia) dan samai di PSU pada pukul 9.42 am(waktu Malaysia) sampai di sana kami berjumpa dengan salah seorang pelajar PSU iaitu sakira dan kami masuk ke Universiti itu untuk melihat sendiri keadaan di sana.Selesai itu kami meneruskan perjalanan ke masjid Besar,Patani pada Pukul 10.30 am(Waktu Malaysia),setelah samapai kami melawat di sekeliling masjid itu dan ada juga rakan-rakan yang lain yang membuat dokumentari di situ.selesai itu pada pukul 11.13 am (waktu Malaysia) kami bergerak ke Masjid Raja atau lebih dikenali masjid lama Patani unuk melihat masjid itu,selesai itu kami bergerak lagi ke kampong datuk pada pukul 11.45 am(waktu Malaysia) sampai di sana kami dihidangkan makanan tenghari dengan isteri cikgu din dan ahli keluarga beliau di kampong datuk juga ada rakan-rakan yang mempuat dokumtari disana.Din sebelum balik dari kampong datuk kami sempat lagi membeli keropok yang di jual oleh cikgu Din dan keluarga dan kami juga solat di masjid kampong datuk.Selesai itu kami pergi balik ke Tak Bai untuk Pulang ke Malaysia.

Pada Pukul 3.10pm(waktu Malaysia) kami singgah di Teluk manuk untuk melihat sejarah-sejarah lama yang berlaku disana dan pergi ke masjid Al-Hussin(masjid lama),selain itu kami juga pergi ke perkuburan para Suhadak yang mana mayat mereka tidak dituntut.setelah itu kami balik ke tak bai pada pukul 3.20 pm(waktu Malaysia). sampai di pelabuhan Tak Bai pada Pukul 4.50 pm(waktu Malaysia) berjumpa dengan che wei dengan aktivis HAYAT dari Turki dan kami  turut sama beratur untuk cop keluar Thailand di imagresen.

Selesai itu kami bergerak ke kawasan bot untuk balik ke pangkalan Kubor.sebelum menaiki bot kami membeli sedikit makanan untuk persiapan ketika dalam perjalanan balik kelak.Pukul 5.18pm(waktu Malaysia) kami gerak ke pangkalan kubor dan sampai pada pukul 5.21 pm(waktu Malaysia) sampai terus kami bergerak untuk cop di imagresen Malaysia.setelah itu kami berkumpul di restoran untuk berehat dan tunggu bas.dalam pada itu pengarah program memberi taklimat sebelum balik ke rumah masing-masing.
Kami seramai 8 0rang aktivis naik bas pada pukul 7.30pm(waktu Malysia) untuk ke stesen Putra dan sampai pada pukul 4.55 am(waktu Malaysia) selesai solat kami pergi ke KTM dan berpecah di sana unuk pergi ke destinasi masing-masing.

Selepas program


Apa yang saya peroleh daripada program ini ialah
1.   Pengalaman pergi kenagara luar.2.   Budi dan budaya masyarakat di sana.3.   Sejarah yang dapat dilihat dengan mata kepala sendiri            sewaktu di masjid kerisik.4.   Kerjasam berkumpulan5.   Bahasa masyarakat di sana.6.   Kenangan


*waktu Thailand lambat sejam daripada Malaysia
*Tok Nebeh merupakan Ketua Kampung.


Nabila Bt Hasanuddin

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak




No comments:

Post a Comment

n
i
m
a
l
A
l
i
L
n
a
t
a
m
h
a
R
i
s
i
M