![]() |
Buku tulisan Hj Abdul Halim Bashah |
Patani pada suatu ketika dahulu pernah bersama Kelantan dalam suatu
pemerintahan atau di lain perkataan keduanya terangkum dalam satu kesatuan dan
kebudayaan dan sama-sama mempunyai tamadun yang lebih awal. Sewaktu keduanya (
ketika itu bernama Langkasuka dan Medang Gana) berada dalam ‘YAWADWIPA’ atau Chryse
Chersonesos dalam abad pertama dahulu maka telah muncul sebagai ibu kepada
sejarah bangsa Melayu di Nusantara.
Bermula dari
sinilah kebudayaan Jawa ( Melayu dalam erti kata yang lebih luas) melebar
hingga ke seluruh Asia Tenggara. Kerana itulah dalam setiap kajian sejarah
tamadun mengenai kerajaan, politik mahupun tamadunnya Patani dan Kelantan selalu
berkait rapat. Hakikat inilah yang diabadikan oleh Raja Sakti Pembangunan
Keluarga Di Raja Jembal (Kelantan) dalam bentuk simbolik dan lambang dua ekor
Kijang Kencana (berbulu keemasan) peliharaan Cik Siti Wan Kembang yang kemudian
menjadi lambang kerajaan Jembal. Lambang ini juga yang digunakan semasa baginda
memerintah PATANI BESAR dan akhirnya
menjadi lambang (setelah diubahsuai) kepada kerajaan Negeri Kelantan Darul
Naim.
Nama Patani mula muncul
pada abad ke 15. Adapun raja-raja yang memerintah Patani bermula dari Sultan
Ismail Muhammad Syah (Phya Tu Intira/Indera) keturunan Sultan Muhammad Tahir,
Raja Ligor. Sultan Muhammad Tahir ialah putera kepada Raja Bharubhasa (kekanda
Raja Sulaiman Syah), Raja Langkasuka di abad ke 14, titisan dari Maharaja
Srimat Trailokyaraja yang bergelar Maharaja Bukit Siguntang.
Timbulnya dakwaan
mengatakan raja-raja Patani adalah dari keturunan Cau Seri Bangsa adalah ekoran
episod dimana seorang anak raja Siam bernama Rama Raja (yang bergelar Cau Seri
Bangsa) berjaya menewaskan membunuh Raja Sulaiman Syah dalam satu peperangan.
Cau Seri Bangsa berazam sekiranya kemenangan berpihak kepadanya maka ia akan
memeluk Islam.
Apabila terjadinya
ketegangan politik antara raja-raja Melayu Patani dan Johor maka timbullah
semacam ‘combat de pretige’ (penulis
meminjam kalimah yang sering digunakan oleh A. teeaw) dimana di dalam Salalatul
Salatin ( Sejarah Melayu ) yang ditulis oleh Tun Sri Lanang, seolah-olah tampak
cuba menonjolkan kelemahan di pihak Patani dengan membabitkan keturunan dan
bangsa raja-raja Melayu Patani yang kononnya keturunan Siam ( kerana disusur
galurkan dengan Cau Seri Bangsa). Supaya timbul kelak atau akan dikatakan
bangsa yang sememangnya menjadi musuh tradisi kepada kerajaan-kerajaan Melayu
di Semenanjung.
Tun Seri Lanang
mungkin berbuat demikian kerana dia sendiri muncul dari kalangan pembesar (Bendahara)
Johor. Dan barangkali mempunyai tanggungjawab moral untuk membela hak dan
kebenaran di pihaknya. Nyatalah Tun Seri Lanang sebenarnya (atau mungkin secara
tidak disengajakan) telah memutar belitkan fakta dan data sejarah dimana Patani
telah menjadi mangsa kerana yang timbul
kemudiannya ialah kesan neratif sejarah yang lain pula. Oleh kerana kurang telitinya sesetengah
penulis-penulis sejarah maka tulisan Tun Seri Lanang ini dianggap sebagai
sumber mantan yang paling benar.
Selepas Ratu
Kuning, pemerintah Patani diambil olah keturunan Kerabat D’raja Kelantan. Pada
masa ini, Patani digabungkan bersama Kelantan, Terengganu, Senggoro dan
Patthalung dalam kesatuan ‘Patani Besar’ oleh Raja Sakti, Pembangun Dinasti
Jembal. Puteranya, Raja Bahar telah ditabal menjadi raja Patani bersama
permaisurinya Raja Mas Kelantan. Patani sekali lagi bertukar tangan, kali ini
Raja Sakti II yang menjadi Raja Patani Besar telah melepaskan kuasanya kepada
Long Baha, menentunya dari keturunan Datu Nik Mustapha (bekas Datu Wilayah
Jambu) yang menjadi Raja Champa (Kambayat Nagara). Keturunan inilah yang kemudiannya
memainkan peranan besar dalam percaturan politik negeri Patani dan Kelantan.
Direview oleh : Tengku Farhanan Bt Tengku Mohamed
Bachelor Of Industrial Psychology
Bachelor Of Industrial Psychology
Sukarelawan Kembara Qurban@Patani 2013
Slm...kt mana blh sy dptkn buku ini.
ReplyDelete