Tuesday, 29 October 2013

JALAN PANJANG MENUJU DAMAI DI PATANI.


Buku ditulis oleh Dr.Maszlee Malik
Jalan panjang menuju damai di Pattani mengisahkan kejadian-kejadian kehilangan, penganiayaan, pembunuhan dalam tahanan dan pembunuhan di luar bidang kehakiman di Wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat di Selatan Thailand. Pada tahun 2005 lebih daripada 100 orang yang telah dilaporkan hilang. Kejadian-kejadian yang berlaku seperti pembunuhan, penyeksaan dan kehilangan orang secara umumnya telah pihak polis dan tentera berjaya menyembunyikan realiti sebenar. Betapa terseksanya mereka kehilangan orang yang mereka sayangi ada yang sampai tidak jumpa langsung dan ada yang mati dalam keadaan yang menyeksakan dan mengerikan. Allahuakhbar!.

 Kes pertama iaitu mati dibunuh dengan senjata tumpul pada 21 Mac 2008 yang bernama Imam Yakpa Kaseng. Diceritakan semula oleh anak-anak perempuan Imam iaitu Numi dan Vanida dan ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang lain. Pada malam 19 Mac 2008, segerombolan pegawai tentera datang ke kampung kota, M.5 di Daerah Rueso, Narathiwat. Pegawai yang menangkap mendakwa memiliki waran tangkap. Tetapi apabila penduduk kampong meminta untuk melihat waran tersebut, pegawai itu gagal menunjukkannya. Selepas beberapa jam rumah Imam Yakpa Kasing (56 tahun) diperiksa, dua orang anak lelakinya (Aaming 29 tahun dan Anand 25 tahun) dan anak saudara lelakinya adalah antara tujuh penduduk kampong Kota yang didakwa dan ditangkap kira-kira jam 10 pagi.

Pada pagi yang sama ahli keluarga dan saudara-mara Imam Yakpa serta tahanan yang lain menuju ke kem. Sepanjang hari itu, ahli keluarga Imam Yakpa dibenarkan menemui beliau dan membawakan makanan dan minuman. Pada hari kedua (20 Mac), ahli keluarga dan saudara-mara telah diusir dengan kasar oleh ketua kem daripada berjumpa tahanan-tahanan itu. Kemudian, pada hari ketiga pula ahli keluarga pergi lagi untuk melawat tetap sama diusir juga tetapi dibenarkan menunggu di pintu pagar utama sahaja. Apabila kedatangan mereka disedari oleh tahanan di dalam, salah seorang anak lelaki Imam Yakpa yang merupakan salah seorang daripada enam orang yang masih dalam tahanan (seorang tahanan yang dibebaskan) telah terdengar jeritan dari atas trak yang mengatakan “ayah sudah tiada ! ayah sudah tiada (mati) !”. tersebarlah seluruh penduduk kampung Narathiwat, berpusu-pusu penduduk kampung berkumpul di luar kem, di situ pihak tentera terpaksa membawa Yakpa ke hospital. Dalam beberapa minit sebuah ambulans tiba dan membawa Yakpa ke hospital yang berdekatan di Resok, Imam Yakpa telah disahkan meninggal dunia. Menurut siasatan awal mengatakan Imam Yakpa meninggal akibat penyakit yang telah dihadapinya sebelum ini. Pemeriksaan kedua mendapati Imam Yakpa meninggal akibat dicederakan dengan senjata tumpul semasa dalam tahanan di bawah tahanan tentera pada 20 Mac.

Kesan-kesan lebam dapat dilihat pada bahagian mata, dahi, dan bibir, sementara tulang rusuknya patah, dua jarinya turut ditemui patah serta jantungnya berlubang. Kesan retak ditemui pada tempurung otaknya. Kesan lelasan yang panjang telah ditemui di belakang badannya, menandakan bahawa beliau telah diheret di atas permukaan yang keras dan kasar. Sebelum disyaki meninggal dunia banyak seksaan yang diterima oleh Imam Yakpa sampaikan anak lelakinya tidak dapat menyelamatkan ayahnya dan hanya mampu melihat dan mendengar setiap jeritan akibat pukulan tentera tersebut. Allahuakhbar!, Allahhuakhbar!,

 Direview oleh :HAZIRAH BT MUHAMMAD ROSLI
                IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 
                SUKARELAWAN KEMBARA QURBAN@PATANI 2013       
         

No comments:

Post a Comment