Saturday, 12 October 2013

PERJUANGAN MUSLIM PATANI

Buku tulisan Herry Nurdi
KEBERSAMAAN UMAT DALAM PERJUANGAN PATANI

1     Wilayah Patani pernah berdaulat selama 445 tahun dari tahun 1457 – 1902. Pada tahun 1902, Patani Darulsalam diisytiharkan sebahagian dari Siam tanpa rela hasil daripada perjanjian Angko – Bangkok. Terdapat beberapa perjuangan yang telah mati syahid iaitu :
  1.               Asy - Syahid Tuan Guru Hj.Sulung
  2.               Major Tengku Mahmood Mahyiddeen.
  3.               Asy – Syahid Hussien Cik Mansum 
  4.               Tengku Abdul Jalal Ibn Tengku Abdul Mutalib.
  5.               Tuan Guru Syeikh Ahmad Daud Fatoni.


4Rejim Phibun Songgram pada tahun 1938 telah memasukkan budaya Buddha – Siam ke dalam budaya orang-orang Melayu atau umat Islam Patani. Umat Islam Patani pernah menghantar surat aduan kepada Raja British pada 16 Jun 1948 diwakili oleh orang Melayu mengenai penghinaan kerajaan Siam kepada orang-orang Melayu (umat Islam).Terdapat 9 penindasan yang telah ditimpa oleh umat Islam gara-gara imperialism Siam iaitu : -
  1. Nama – nama Melayu dihapuskan dan digantikan dengan nama “Muslim Thai”.
  2. Tulisan Melayu dihapuskan dan dipaksa untuk  belajar bahasa Siam.
  3. Islam tidak diberi kebebasan kepada  orang     Melayu untuk mengamalkannya.
  4. Harta benda telah dirampas sesuka hati.
  5. Tentera dan polis telah membunuh rakyat Melayu yang tidak bersalah tanpa dibawa bicara 
  6. Pemerintah dan hukuman dijatuhkan sesuka hati   dengan mengikut nafsu. Rakyat Melayu yang     membuat aduan akan dibunuh dan tidak diendahkan.
  7. Pada tahun 1948 – ramai rakyat Melayu telah   menyerang polis dan tenterayang
  8. Bersenjata. Maka orang orang Melayu banyak yang terbunuh di dalam rusuhan tersebut.
  9. Anak-anak dan isteri orang Melayu dirampas dan dibuat perkara yang tidak    baik kepada mereka. Maka satu gerakan pembebasan telah tercetus pada tahun 1940-an untuk membebaskan tanah Patani.

8     Pada waktu pemerintahan Tahksin – Abhiat, mereka adalah pemerintah yang zalim dan banyak hak umat Islam tidak terbela. Selain itu, terdapat banyak kekejaman yang berlaku seperti penculikan, penyeksaan, rogol dan pembunuhan serta pelanggaran hak asasi manusia dicabuli oleh orang – orang Siam. Pada tahun 2004, telah berlaku peristiwa pembunuhan rakyat Islam di Masjid Kerisik di Patani dan Takbai di Narathiwat serta pada tahun 2009 di Masjid Al-Furqan tiada pendakwaan atau pembelaan dilakukan ke atas pihak keselamatan. Bumi Patani Darulsalam telah diberi jolokan bumi berbudaya kerana dihuni oleh warga kaum muslimin yang berbudayakan Islam. Mereka amat bersignifikan dan unik berbeza dengan budaya Buddha – Siam.

PENGAJIAN PONDOK DIHARAMKAN

Pengajian pondok di Patani merupakan pengajian yang amat penting. Di situlah mereka menuntut ilmu – ilmu agama dan akademik. Institusi pondok juga telah melahirkan ramai tokoh dan ulama – ulama besar yang terkenal di seluruh dunia Islam antaranya ialah Syeikh Daud Al-Fatani pada tahun 1769 – 1847, Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fatani pada tahun 1817 – 1908 dan seterusnya serta ulama – ulama tersebut telah diberikan gelaran di akhir namanya dengan gelaran Al-Fatani.

            Kemuncak kegemilangan sistem pondok di Patani Darulsalam bermula berlaku sekitar abad ke – 19 awal abad ke – 20. Selain penyebaran agama Islam, pondok juga berperanan sebagai pusat membina jati diri masyarakat Melayu Patani Darulsalam. Sejak dijajah oleh Siam pada tahun 1785 sehinggalah berakhirnya Kesultanan Patani Darulsalam pada tahun 1902, Siam telah memecahkan beberapa wilayah seperti Patani, Narathiwat, Yala, Songkhla, Setul, Raman dan sebagainya serta sebahagian besarnya telah ditukar nama tempatnya iaitu :

a)      Senggora – Songkhla
b)      Teluban – Saiburi
c)      Patani – Pattani
d)      Jala – Yala
e)      Tanjung Mas – Tanjung Mat
f)      Bukit – Phuket
g)      Legor – Nakorn Sri Thamarat

            Pada tahun 1961, Thailand telah dipimpin oleh Perdana Menteri diktator Sarith Thanarath. Beliau telah mengubal undang – undang yang mewajibkan semua institusi pendidikan didaftarkan secara rasmi dan pusat – pusat pengajian pondok diharuskan menerapkan kurikulum pengajian Siam iaitu menukarkan nama sekolah pondok menjadi sekolah umum dan mewajibkan penggunaan bahasa Siam. Bahasa Melayu dilarang serta tulisan Melayu berbentuk huruf Jawi juga tidak dibenarkan.

            Penjajahan Siam juga telah menempatkan guru – guru agama Buddha untuk mengajar bahasa Siam dan ilmu – ilmu akademik di pusat pengajian pondok. Sehingga tahun 1971, sebanyak 426 pondok di negeri Melayu di Selatan Thai mendaftarkan dan menukarkan nama pusat pengajian pondok kepada nama sekolah umum tetapi ada sesetengah pusat pengajian pondok yang masih mempertahankan jati diri serta bertahan identiti Islam dan Melayu. Maka pondok yang tidak berdaftar sentiasa diancam, ditekan dan ditindas. Akhirnya pemerintah penjajahan Thailand memaksa pengurusan pusat pengajian pondok ditutup.

             Pelbagai tekanan yang telah diberikan untuk menghapuskan pendidikan pondok sehinggalah ke hari ini. Pusat pengajian pondok juga sering menjadikan sasaran tentera Thailand. Mereka menggeledah dan memeriksa dengan paksa serta menuduh menyembunyikan atau melindungi para pejuang Patani.

            Selain itu, para pendidik telah menjadi sasaran seperti ustaz dan guru – guru. Mereka telah disenarai hitamkan oleh pemerintah penjajah Siam. Mereka dituduh sebagai pejuang pembebasan Patani. Terdapat banyak kes besar yang telah berlaku untuk memaksa pusat pengajian pondok ditutup. Antaranya ialah pada tahun 2006, Pondok Jihad Witaya di daerah Jering telah ditutup. Kedua pada tahun 2007, Pondok Islahuddin di Sebaya wilayah Senggora ditutup pada bulan Mac. Terakhir ialah Pondok Addirasat Al-Islamiah, Sepong di walayah Narathiwat dipaksa tutup pada bulan Jun 2007.

            Peranan ulama dan pusat pengajian pondok tidak dapat dijauhkan dalam sejarah Patani. Terdapat beberapa tokoh ulama yang telah memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan Islam di Patani Darulsalam iaitu Syeikh Dawud Al-Fatani, Syeikh Ahmad Al-Fatani, Haji Ismail bin Abdul Qadir, Bendang Daya dan sebagainya. Berdasarkan catatan, ulama telah memainkan peranan sejak abad ke – 15 iaitu di dalam Hikayat Patani diceritakan bahawa terdapat seorang ulama dari Pasai bernama Syeikh Said telah mengislamkan Raja Patani yang bernama Phya Tu Nakpa. Setelah memeluk Islam, beliau telah menukarkan nama beliau kepada Sultan Ismail Shah Zilullah Fi Al-Alam. Turut mengikuti beliau ialah ketiga – tiga anak beliau iaitu Muzhaffar Shah, Siti Aisyah, dan Sultan Mansor Shah. Kemudian Syeikh Said telah dilantik menjadi ulama kerajaan dan mendapat gelaran Dato’ Seri Raja Faqih.

            Akhir penulisan ini, pengharaman pusat pengajian pondok bukan disengajakan bahkan memang itu tujuan penjajah Siam untuk menghapuskan penggunaan nama Islam, penggunaan huruf Jawi serta bahasa Melayu supaya mereka dapat menghakis sedikit demi sedikit identiti Islam dan Melayu yang terletak di Selatan Thai.

Direview oleh : Siti Hajar Harnani Bt Ishak
                Diploma Pendidikan ( Pengajian Islam )
                Sukarelawan Kembara Qurban@Patani 2013




No comments:

Post a Comment