Assalamualaikum wbt
Bismillah.. Pada 9 Oktober 2013, bertempat di Surau FSKTM semua sukarelawan yang akan ke Kembara Qorban@Patani (KQP) telah mengadakan meeting terakhir dengan tuan penasihat GPTD Unisel sebelum kami berangkat ke Patani pada 14hb nanti. Antara agenda meeting tersebut ialah update terkini pergerakan kami semasa di sana nanti, checklist barang-barang yang penting dan perlu di bawa, membincangkan gerak kerja sebelum, semasa dan selepas KQP dan juga pasanan dari Tuan Penasihat GPTD Unisel. Dalam agenda utama briefing tentang tentative terbaru yang diterima dari Encik Wan Abdul Rahman dari GPM, makluman terbaru tentang perubahan pergerakan sangat ketara dari tentative terdahulu. Selain itu, kami juga telah memutuskan untuk setiap sukarelawan wajib menulis travelog selepas balik dari Patani dan membuat dokumentasi tentang tempat sejarah dan tentang buku pilihan yang telah dibaca. Gerak kerja ini adalah untuk memberitahu orang ramai tentang keadaan di Patani selain untuk menyampaikan maklumat dan memberi pencerahan kepada masyarakat awam khususnya di Malaysia bahawa Patani mempunyai tempat bersejarah dan tokoh ulamak yang terkenal. Pada akhir meeting penasihat sempat berpesan kepada sukarelawan supaya betulkan niat untuk ke sana,banyakkan zikir, matsurat dan perbanyakkan solat hajat. Setakat hari ini, jumlah sukarelawan yang akan menyertai KQP ialah seramai 12 orang, salah seorang telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dalam perjumpaan ini juga, mesyuarat memutuskan akan membuat induksi sekali lagi pada ahad nanti sebelum berangkat ke Patani.
“ sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau
disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu (dibalas)
berdasarkan niat mereka “
- Hadis 40(pertama) -
No comments:
Post a Comment