sharing
pengalaman oleh sukarelawan yang ke kembara qorban@patani 14-17 oktober 2013
"Dunia adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir" |
Perjalanan yang masih panjang menagih seribu pengorbanan.. ''Tiada kemenangan melainkan berkat pertolongan ALLAH S.W.T'' (ali-imran ayat 126)
Wednesday, 30 October 2013
PERKONGSIAN PENGALAMAN KEMBARA QORBAN@PATANI 2013
Tuesday, 29 October 2013
Ayahku Ditangkap
Buku ini
menceritakan mengenai penderitaan yang dialami oleh warga di Wilayah Selatan
Thailand iaitu “Patani, Narathiwat, Yala dan Songkhla”. Kekejaman dan
penindasan yang berlaku sampai ke kemuncaknya apabila berlakunya pembunuhan
beramai-ramai ketika Peristiwa Takbai dan Kerisik. Hari demi hari semakin ramai
warga Patani yang ditangkap dan ada juga yang hilang tanpa kesan sehinggalah
hari ini masih tidak dijumpai. Yang sangat menyedihkan bukan hanya orang awam
yang menjadi mangsa tetapi pelajar universiti, guru-guru dan juga imam masjid
turut ditangkap. Mereka semua ditangkap tanpa alasan, kalaupun ada alasan pihak
yang bertanggugjawab tidak mampu memberikan bukti atas kesalahan mereka.
Sering kali apabila berlakunya
penangkapan warga Patani jika kes dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan
akan memakan masa yang lama dan kos yang tinggi. Sesetengah pihak seolah-olah
sengaja berbuat demikian untuk menyusahkan rakyat di wilayah tersebut. Akhirnya,
sampai satu tahap ramai orang awam yang akan berputus asa daripada mendapatkan
keadilan daripada pihak mahkamah kerana kesulitan yang dihadapi terutamanya
kekangan dari segi kewangan. Penindasan demi penindasan yang berlaku memberikan
kesan yang sangat besar terutamanya kepada kaum keluarga mangsa. Bukan hanya
mangsa penangkapan yang menjadi mangsa dalam hal ini tetapi keluarganya turut
menjadi mangsa kerana isteri terpaksa bekerja keras untuk mencari nafkah menanggung
anak-anak bersendirian.
Tidak dinafikan peristiwa
penangkapan yang berlaku sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap emosi
anak-anak mangsa. Dalam buku ini, juga menceritakan sesetengah masyarakat
kadang kala turut menyalahkan keluarga mangsa atas suatu kesalahan yang belum
terbukti mereka lakukan kerana terpengaruh dengan berita yang disampaikan
melalui media massa. Hal ini, memberikan lagi tekanan kepada keluarga mangsa
dari segi emosi. Ada diantara anak-anak mangsa yang berhenti sekolah lantaran
tidak tahan dengan ejekan rakan-rakannya di sekolah.
Sememangnya penahanan orang awam dan warga Patani tanpa bukti yang kukuh tidak wajar dilakukan oleh pihak kerajaan kerana mereka juga punya hak sebagai warganegara dan hak mereka haruslah dihormati. Telah banyak kezaliman yang berlaku kepada warga Patani yang disembunyikan tidak kurang juga ada yang diputar belitkan oleh media massa. Sudah tiba masa masyarakat antarabangsa bertindak untuk membantu rakyat yang tertindas di wilayah Selatan Thailand ini untuk memastikan mereka mendapat pembelaan sewajarnya.
Direview oleh : UMMAHATUL HAMIMAH BT YATIM
IJAZAH SARJANA MUDA MATEMATIK DAN STATISTIK
SUKARELAWAN KEMBARA QURBAN@PATANI 2013
JALAN PANJANG MENUJU DAMAI DI PATANI.
![]() |
Buku ditulis oleh Dr.Maszlee Malik |
Jalan
panjang menuju damai di Pattani mengisahkan kejadian-kejadian kehilangan,
penganiayaan, pembunuhan dalam tahanan dan pembunuhan di luar bidang kehakiman
di Wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat di Selatan Thailand. Pada tahun 2005
lebih daripada 100 orang yang telah dilaporkan hilang. Kejadian-kejadian yang
berlaku seperti pembunuhan, penyeksaan dan kehilangan orang secara umumnya
telah pihak polis dan tentera berjaya menyembunyikan realiti sebenar. Betapa
terseksanya mereka kehilangan orang yang mereka sayangi ada yang sampai tidak
jumpa langsung dan ada yang mati dalam keadaan yang menyeksakan dan mengerikan.
Allahuakhbar!.
Kes pertama iaitu mati dibunuh
dengan senjata tumpul pada 21 Mac 2008 yang bernama Imam Yakpa Kaseng.
Diceritakan semula oleh anak-anak perempuan Imam iaitu Numi dan Vanida dan
ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang lain. Pada malam 19 Mac 2008,
segerombolan pegawai tentera datang ke kampung kota, M.5 di Daerah Rueso, Narathiwat.
Pegawai yang menangkap mendakwa memiliki waran tangkap. Tetapi apabila penduduk
kampong meminta untuk melihat waran tersebut, pegawai itu gagal menunjukkannya.
Selepas beberapa jam rumah Imam Yakpa Kasing (56 tahun) diperiksa, dua orang
anak lelakinya (Aaming 29 tahun dan Anand 25 tahun) dan anak saudara lelakinya
adalah antara tujuh penduduk kampong Kota yang didakwa dan ditangkap kira-kira jam
10 pagi.
Pada pagi yang sama ahli keluarga
dan saudara-mara Imam Yakpa serta tahanan yang lain menuju ke kem. Sepanjang
hari itu, ahli keluarga Imam Yakpa dibenarkan menemui beliau dan membawakan
makanan dan minuman. Pada hari kedua (20 Mac), ahli keluarga dan saudara-mara
telah diusir dengan kasar oleh ketua kem daripada berjumpa tahanan-tahanan itu.
Kemudian, pada hari ketiga pula ahli keluarga pergi lagi untuk melawat tetap
sama diusir juga tetapi dibenarkan menunggu di pintu pagar utama sahaja. Apabila
kedatangan mereka disedari oleh tahanan di dalam, salah seorang anak lelaki
Imam Yakpa yang merupakan salah seorang daripada enam orang yang masih dalam
tahanan (seorang tahanan yang dibebaskan) telah terdengar jeritan dari atas
trak yang mengatakan “ayah sudah tiada ! ayah sudah tiada (mati) !”.
tersebarlah seluruh penduduk kampung Narathiwat, berpusu-pusu penduduk kampung
berkumpul di luar kem, di situ pihak tentera terpaksa membawa Yakpa ke hospital.
Dalam beberapa minit sebuah ambulans tiba dan membawa Yakpa ke hospital yang
berdekatan di Resok, Imam Yakpa telah disahkan meninggal dunia. Menurut
siasatan awal mengatakan Imam Yakpa meninggal akibat penyakit yang telah
dihadapinya sebelum ini. Pemeriksaan kedua mendapati Imam Yakpa meninggal
akibat dicederakan dengan senjata tumpul semasa dalam tahanan di bawah tahanan
tentera pada 20 Mac.
Kesan-kesan lebam dapat dilihat pada
bahagian mata, dahi, dan bibir, sementara tulang rusuknya patah, dua jarinya
turut ditemui patah serta jantungnya berlubang. Kesan retak ditemui pada
tempurung otaknya. Kesan lelasan yang panjang telah ditemui di belakang badannya,
menandakan bahawa beliau telah diheret di atas permukaan yang keras dan kasar. Sebelum
disyaki meninggal dunia banyak seksaan yang diterima oleh Imam Yakpa sampaikan
anak lelakinya tidak dapat menyelamatkan ayahnya dan hanya mampu melihat dan
mendengar setiap jeritan akibat pukulan tentera tersebut. Allahuakhbar!,
Allahhuakhbar!,
Direview oleh :HAZIRAH BT MUHAMMAD ROSLI
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SUKARELAWAN KEMBARA QURBAN@PATANI 2013
Saturday, 12 October 2013
PERJUANGAN MUSLIM PATANI
![]() |
Buku tulisan Herry Nurdi |
KEBERSAMAAN UMAT DALAM PERJUANGAN PATANI
1 Wilayah Patani
pernah berdaulat selama 445 tahun dari tahun 1457 – 1902. Pada tahun
1902, Patani Darulsalam diisytiharkan sebahagian dari Siam tanpa rela hasil daripada
perjanjian Angko – Bangkok. Terdapat
beberapa perjuangan yang telah mati syahid iaitu :
- Asy - Syahid Tuan Guru Hj.Sulung
- Major Tengku Mahmood Mahyiddeen.
- Asy – Syahid Hussien Cik Mansum
- Tengku Abdul Jalal Ibn Tengku Abdul Mutalib.
- Tuan Guru Syeikh Ahmad Daud Fatoni.
4Rejim Phibun
Songgram pada tahun 1938 telah memasukkan budaya Buddha – Siam ke dalam budaya
orang-orang Melayu atau umat Islam Patani. Umat Islam
Patani pernah menghantar surat aduan kepada Raja British pada 16 Jun 1948
diwakili oleh orang Melayu mengenai penghinaan kerajaan Siam kepada orang-orang
Melayu (umat Islam).Terdapat 9
penindasan yang telah ditimpa oleh umat Islam gara-gara imperialism Siam iaitu
: -
- Nama – nama Melayu dihapuskan dan digantikan dengan nama “Muslim Thai”.
- Tulisan Melayu dihapuskan dan dipaksa untuk belajar bahasa Siam.
- Islam tidak diberi kebebasan kepada orang Melayu untuk mengamalkannya.
- Harta benda telah dirampas sesuka hati.
- Tentera dan polis telah membunuh rakyat Melayu yang tidak bersalah tanpa dibawa bicara
- Pemerintah dan hukuman dijatuhkan sesuka hati dengan mengikut nafsu. Rakyat Melayu yang membuat aduan akan dibunuh dan tidak diendahkan.
- Pada tahun 1948 – ramai rakyat Melayu telah menyerang polis dan tenterayang
- Bersenjata. Maka orang orang Melayu banyak yang terbunuh di dalam rusuhan tersebut.
- Anak-anak dan isteri orang Melayu dirampas dan dibuat perkara yang tidak baik kepada mereka. Maka satu gerakan pembebasan telah tercetus pada tahun 1940-an untuk membebaskan tanah Patani.
8 Pada waktu
pemerintahan Tahksin – Abhiat, mereka adalah pemerintah yang zalim dan banyak
hak umat Islam tidak terbela. Selain itu, terdapat banyak kekejaman yang
berlaku seperti penculikan, penyeksaan, rogol dan pembunuhan serta pelanggaran
hak asasi manusia dicabuli oleh orang – orang Siam. Pada tahun
2004, telah berlaku peristiwa pembunuhan rakyat Islam di Masjid Kerisik di
Patani dan Takbai di Narathiwat serta pada tahun 2009 di Masjid Al-Furqan tiada
pendakwaan atau pembelaan dilakukan ke atas pihak keselamatan. Bumi Patani
Darulsalam telah diberi jolokan bumi berbudaya kerana dihuni oleh warga kaum
muslimin yang berbudayakan Islam. Mereka amat bersignifikan dan unik berbeza
dengan budaya Buddha – Siam.
PENGAJIAN PONDOK DIHARAMKAN
Pengajian pondok di Patani merupakan pengajian yang amat penting.
Di situlah mereka menuntut ilmu – ilmu agama dan akademik. Institusi pondok
juga telah melahirkan ramai tokoh dan ulama – ulama besar yang terkenal di
seluruh dunia Islam antaranya ialah Syeikh Daud Al-Fatani pada tahun 1769 –
1847, Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fatani pada tahun 1817 – 1908 dan
seterusnya serta ulama – ulama tersebut telah diberikan gelaran di akhir
namanya dengan gelaran Al-Fatani.
Kemuncak
kegemilangan sistem pondok di Patani Darulsalam bermula berlaku sekitar abad ke
– 19 awal abad ke – 20. Selain penyebaran agama Islam, pondok juga berperanan
sebagai pusat membina jati diri masyarakat Melayu Patani Darulsalam. Sejak
dijajah oleh Siam pada tahun 1785 sehinggalah berakhirnya Kesultanan Patani
Darulsalam pada tahun 1902, Siam telah memecahkan beberapa wilayah seperti
Patani, Narathiwat, Yala, Songkhla, Setul, Raman dan sebagainya serta
sebahagian besarnya telah ditukar nama tempatnya iaitu :
a)
Senggora –
Songkhla
b)
Teluban –
Saiburi
c)
Patani –
Pattani
d) Jala – Yala
e)
Tanjung Mas –
Tanjung Mat
f) Bukit – Phuket
g)
Legor – Nakorn
Sri Thamarat
Pada tahun 1961,
Thailand telah dipimpin oleh Perdana Menteri diktator Sarith Thanarath. Beliau
telah mengubal undang – undang yang mewajibkan semua institusi pendidikan
didaftarkan secara rasmi dan pusat – pusat pengajian pondok diharuskan
menerapkan kurikulum pengajian Siam iaitu menukarkan nama sekolah pondok
menjadi sekolah umum dan mewajibkan penggunaan bahasa Siam. Bahasa Melayu
dilarang serta tulisan Melayu berbentuk huruf Jawi juga tidak dibenarkan.
Penjajahan Siam
juga telah menempatkan guru – guru agama Buddha untuk mengajar bahasa Siam dan
ilmu – ilmu akademik di pusat pengajian pondok. Sehingga tahun 1971, sebanyak
426 pondok di negeri Melayu di Selatan Thai mendaftarkan dan menukarkan nama
pusat pengajian pondok kepada nama sekolah umum tetapi ada sesetengah pusat
pengajian pondok yang masih mempertahankan jati diri serta bertahan identiti
Islam dan Melayu. Maka pondok yang tidak berdaftar sentiasa diancam, ditekan
dan ditindas. Akhirnya pemerintah penjajahan Thailand memaksa pengurusan pusat
pengajian pondok ditutup.
Pelbagai tekanan yang telah diberikan untuk
menghapuskan pendidikan pondok sehinggalah ke hari ini. Pusat pengajian pondok
juga sering menjadikan sasaran tentera Thailand. Mereka menggeledah dan
memeriksa dengan paksa serta menuduh menyembunyikan atau melindungi para
pejuang Patani.
Selain itu, para
pendidik telah menjadi sasaran seperti ustaz dan guru – guru. Mereka telah
disenarai hitamkan oleh pemerintah penjajah Siam. Mereka dituduh sebagai
pejuang pembebasan Patani. Terdapat banyak kes besar yang telah berlaku untuk
memaksa pusat pengajian pondok ditutup. Antaranya ialah pada tahun 2006, Pondok
Jihad Witaya di daerah Jering telah ditutup. Kedua pada tahun 2007, Pondok
Islahuddin di Sebaya wilayah Senggora ditutup pada bulan Mac. Terakhir ialah
Pondok Addirasat Al-Islamiah, Sepong di walayah Narathiwat dipaksa tutup pada
bulan Jun 2007.
Peranan ulama dan
pusat pengajian pondok tidak dapat dijauhkan dalam sejarah Patani. Terdapat
beberapa tokoh ulama yang telah memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan
Islam di Patani Darulsalam iaitu Syeikh Dawud Al-Fatani, Syeikh Ahmad
Al-Fatani, Haji Ismail bin Abdul Qadir, Bendang Daya dan sebagainya.
Berdasarkan catatan, ulama telah memainkan peranan sejak abad ke – 15 iaitu di
dalam Hikayat Patani diceritakan bahawa terdapat seorang ulama dari Pasai
bernama Syeikh Said telah mengislamkan Raja Patani yang bernama Phya Tu Nakpa.
Setelah memeluk Islam, beliau telah menukarkan nama beliau kepada Sultan Ismail
Shah Zilullah Fi Al-Alam. Turut mengikuti beliau ialah ketiga – tiga anak
beliau iaitu Muzhaffar Shah, Siti Aisyah, dan Sultan Mansor Shah. Kemudian Syeikh
Said telah dilantik menjadi ulama kerajaan dan mendapat gelaran Dato’ Seri Raja
Faqih.
Akhir penulisan
ini, pengharaman pusat pengajian pondok bukan disengajakan bahkan memang itu
tujuan penjajah Siam untuk menghapuskan penggunaan nama Islam, penggunaan huruf
Jawi serta bahasa Melayu supaya mereka dapat menghakis sedikit demi sedikit
identiti Islam dan Melayu yang terletak di Selatan Thai.
Direview oleh : Siti Hajar Harnani Bt Ishak
Diploma Pendidikan ( Pengajian Islam )
Sukarelawan Kembara Qurban@Patani 2013
RAJA CHAMPA & DINASTI JEMBAL DALAM PATANI BESAR ( PATANI, KELANTAN & TERENGGANU )
![]() |
Buku tulisan Hj Abdul Halim Bashah |
Patani pada suatu ketika dahulu pernah bersama Kelantan dalam suatu
pemerintahan atau di lain perkataan keduanya terangkum dalam satu kesatuan dan
kebudayaan dan sama-sama mempunyai tamadun yang lebih awal. Sewaktu keduanya (
ketika itu bernama Langkasuka dan Medang Gana) berada dalam ‘YAWADWIPA’ atau Chryse
Chersonesos dalam abad pertama dahulu maka telah muncul sebagai ibu kepada
sejarah bangsa Melayu di Nusantara.
Bermula dari
sinilah kebudayaan Jawa ( Melayu dalam erti kata yang lebih luas) melebar
hingga ke seluruh Asia Tenggara. Kerana itulah dalam setiap kajian sejarah
tamadun mengenai kerajaan, politik mahupun tamadunnya Patani dan Kelantan selalu
berkait rapat. Hakikat inilah yang diabadikan oleh Raja Sakti Pembangunan
Keluarga Di Raja Jembal (Kelantan) dalam bentuk simbolik dan lambang dua ekor
Kijang Kencana (berbulu keemasan) peliharaan Cik Siti Wan Kembang yang kemudian
menjadi lambang kerajaan Jembal. Lambang ini juga yang digunakan semasa baginda
memerintah PATANI BESAR dan akhirnya
menjadi lambang (setelah diubahsuai) kepada kerajaan Negeri Kelantan Darul
Naim.
Nama Patani mula muncul
pada abad ke 15. Adapun raja-raja yang memerintah Patani bermula dari Sultan
Ismail Muhammad Syah (Phya Tu Intira/Indera) keturunan Sultan Muhammad Tahir,
Raja Ligor. Sultan Muhammad Tahir ialah putera kepada Raja Bharubhasa (kekanda
Raja Sulaiman Syah), Raja Langkasuka di abad ke 14, titisan dari Maharaja
Srimat Trailokyaraja yang bergelar Maharaja Bukit Siguntang.
Timbulnya dakwaan
mengatakan raja-raja Patani adalah dari keturunan Cau Seri Bangsa adalah ekoran
episod dimana seorang anak raja Siam bernama Rama Raja (yang bergelar Cau Seri
Bangsa) berjaya menewaskan membunuh Raja Sulaiman Syah dalam satu peperangan.
Cau Seri Bangsa berazam sekiranya kemenangan berpihak kepadanya maka ia akan
memeluk Islam.
Apabila terjadinya
ketegangan politik antara raja-raja Melayu Patani dan Johor maka timbullah
semacam ‘combat de pretige’ (penulis
meminjam kalimah yang sering digunakan oleh A. teeaw) dimana di dalam Salalatul
Salatin ( Sejarah Melayu ) yang ditulis oleh Tun Sri Lanang, seolah-olah tampak
cuba menonjolkan kelemahan di pihak Patani dengan membabitkan keturunan dan
bangsa raja-raja Melayu Patani yang kononnya keturunan Siam ( kerana disusur
galurkan dengan Cau Seri Bangsa). Supaya timbul kelak atau akan dikatakan
bangsa yang sememangnya menjadi musuh tradisi kepada kerajaan-kerajaan Melayu
di Semenanjung.
Tun Seri Lanang
mungkin berbuat demikian kerana dia sendiri muncul dari kalangan pembesar (Bendahara)
Johor. Dan barangkali mempunyai tanggungjawab moral untuk membela hak dan
kebenaran di pihaknya. Nyatalah Tun Seri Lanang sebenarnya (atau mungkin secara
tidak disengajakan) telah memutar belitkan fakta dan data sejarah dimana Patani
telah menjadi mangsa kerana yang timbul
kemudiannya ialah kesan neratif sejarah yang lain pula. Oleh kerana kurang telitinya sesetengah
penulis-penulis sejarah maka tulisan Tun Seri Lanang ini dianggap sebagai
sumber mantan yang paling benar.
Selepas Ratu
Kuning, pemerintah Patani diambil olah keturunan Kerabat D’raja Kelantan. Pada
masa ini, Patani digabungkan bersama Kelantan, Terengganu, Senggoro dan
Patthalung dalam kesatuan ‘Patani Besar’ oleh Raja Sakti, Pembangun Dinasti
Jembal. Puteranya, Raja Bahar telah ditabal menjadi raja Patani bersama
permaisurinya Raja Mas Kelantan. Patani sekali lagi bertukar tangan, kali ini
Raja Sakti II yang menjadi Raja Patani Besar telah melepaskan kuasanya kepada
Long Baha, menentunya dari keturunan Datu Nik Mustapha (bekas Datu Wilayah
Jambu) yang menjadi Raja Champa (Kambayat Nagara). Keturunan inilah yang kemudiannya
memainkan peranan besar dalam percaturan politik negeri Patani dan Kelantan.
Direview oleh : Tengku Farhanan Bt Tengku Mohamed
Bachelor Of Industrial Psychology
Bachelor Of Industrial Psychology
Sukarelawan Kembara Qurban@Patani 2013
Friday, 11 October 2013
PERGERAKAN TERKINI
Assalamualaikum wbt
Bismillah.. Pada 9 Oktober 2013, bertempat di Surau FSKTM semua sukarelawan yang akan ke Kembara Qorban@Patani (KQP) telah mengadakan meeting terakhir dengan tuan penasihat GPTD Unisel sebelum kami berangkat ke Patani pada 14hb nanti. Antara agenda meeting tersebut ialah update terkini pergerakan kami semasa di sana nanti, checklist barang-barang yang penting dan perlu di bawa, membincangkan gerak kerja sebelum, semasa dan selepas KQP dan juga pasanan dari Tuan Penasihat GPTD Unisel. Dalam agenda utama briefing tentang tentative terbaru yang diterima dari Encik Wan Abdul Rahman dari GPM, makluman terbaru tentang perubahan pergerakan sangat ketara dari tentative terdahulu. Selain itu, kami juga telah memutuskan untuk setiap sukarelawan wajib menulis travelog selepas balik dari Patani dan membuat dokumentasi tentang tempat sejarah dan tentang buku pilihan yang telah dibaca. Gerak kerja ini adalah untuk memberitahu orang ramai tentang keadaan di Patani selain untuk menyampaikan maklumat dan memberi pencerahan kepada masyarakat awam khususnya di Malaysia bahawa Patani mempunyai tempat bersejarah dan tokoh ulamak yang terkenal. Pada akhir meeting penasihat sempat berpesan kepada sukarelawan supaya betulkan niat untuk ke sana,banyakkan zikir, matsurat dan perbanyakkan solat hajat. Setakat hari ini, jumlah sukarelawan yang akan menyertai KQP ialah seramai 12 orang, salah seorang telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dalam perjumpaan ini juga, mesyuarat memutuskan akan membuat induksi sekali lagi pada ahad nanti sebelum berangkat ke Patani.
“ sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau
disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu (dibalas)
berdasarkan niat mereka “
- Hadis 40(pertama) -
Wednesday, 2 October 2013
BELAJAR BAHASA KELANTAN
Assalamualaikum wbt..
Pada 30 September 2013
bertempat di Anjung Madani team Jejak Patani sempat meluangkan masa untuk
mengadakan kelas bahasa Kelantan walaupun tidak semua sukarelawan yang dapat
hadir untuk kelas tersebut kerana sibuk dengan kuliah namun sambutan dan
komitmen yang ditunjukkan oleh sukarelawan yang hadir sangat positif. Berasa
sangat terharu bila ada permintaan dari sukarelawan yang akan ke Kembara
Qorban@Patani untuk mengadakan lagi kelas bahasa Kelantan namun disebabkan
jadual kelas yang padat, komitmen assignment course, aktiviti masing-masing
serta beberapa sebab yang tidak dapat di elakkan jadi untuk membuat kelas
bahasa Kelantan agak tipis. Jadi di sini kami telah menyediakan beberapa
perkataan mudah untuk sukarelawan belajar, semoga sedikit sebanyak dapat
membantu kalian.
basic :
Saya = sayo / ambo/ kawe / kito
Awak = mung / awok / demo
Mereka = demo tu / puak tu
Untuk
bertanya :
Apa = gapo
siapa = sapo
Mana = mano
Bila = bilo
Kenapa = bakpo
Bagaimana = guano / gano /lagumano
Apa = gapo
siapa = sapo
Mana = mano
Bila = bilo
Kenapa = bakpo
Bagaimana = guano / gano /lagumano
Perkataan yang berakhir dengan “an”, “am” “ang”:
biasanya akan disebut e :
Bahasa
melayu piawai
|
Bahasa
melayu kelantan
|
Jangan
|
Jange
|
Lengan
|
Lenge
|
Ayam
|
Aye
|
Makan
|
Make
|
Ikan
|
Ike
|
Pisang
|
Pise
|
Perkataan
yang berakhir dengan a,o,e biasanya diganti dengan o
Bahasa melayu piawai
|
Bahasa melayu kelantan
|
Buka
|
Buko
|
Mana
|
Mano
|
Bukan
|
Buke
|
Tidak mahu
|
Tok se
|
Tidak sempat
|
Tok dey
|
Tidak hirau
|
Tok caro
|
Selalu
|
Sokmo
|
Sabdu :
Peranan sabdu dalam
lograt Kelantan adalah begitu besar maksudnya. Penggunaa sabdu akan
menyebabkan susunan
struktur perkataan tidak berubah.
Bersabdu (bahasa Kelantan)
|
Tanpa sabdu (beza
maksud yg ketara)
|
Perkataan yg
dimaksudkan
|
Ruput make kkambeng
|
Rumput makan kambing
|
Rumput dimakan oleh
kambing
|
Tok ppaka kijo
|
Tak pakai kerja
|
Tidak berguna
|
Make kketeng
|
Makan kantin
|
Makan di kantin
|
Kkecek
|
Cakap
|
Bercakap
|
Baju ddale
|
Baju dalam
|
Baju di masukkan di
dalam (tuck in )
|
Perkataan yang biasa digunakan :
Yak = lebih kurang opocot atau oppss
Deh = memohon restu atau persetujuan / ok?
Gak = lebih kurang habis tu atau so..
Pah = (sama dengan gak )
Ho = ye lah atau yes
Dock = bukan? / betul x? / isn’t?
Lamokey =nantikan
Kata penguat (hiperbola ) :
Manis lleting
Masin ppherak
Pahit llpe
Mase ppuhrik
Tawar eber
Putih ssueh
Hitam llege
Biru kketu
Kuning llehe
Kenye bbonyah
Comel llote
Gemuk ddebok
Busuk banga
Hapok kkohong
Nakut apah
Jatuh belebok
Kuca hanya
''carilah ilmu dan harta supaya kamu bisa memimpin. ilmu akan memudahkan memimpin orang-orang diatas, sedangkan harta akan memudahkanmu orang yang dibawah''
-Ali Bin Abi Talib -
Subscribe to:
Posts (Atom)