Dua hari sebelum bertolak ke Selatan Thai
Saya tinggal di kg Bestari Jaya di rumah kak Ana,hal ini kerana untuk memudahkan perjalanan kami.Pada malam itu kami pun mengemas barang apa yang patut di bawa. Tepat pukul 1.00 am kak Ana dan rakan seperjuangan pun telah terlelap dan lena di buaian mimpi masing-masing.Saya hampir tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam. Hati berdebar-berdebar, takut dan gementar hal ini kerana banyak perkara yang saya fikirkan.
Keesokan harinya tepat pukul 6.00 am,saya terbangun,saya pun melihat jam,setelah itu saya mengambil tuala,sebelum saya ke bilik mandi saya pun mengejutkan kak Ana dan mengatakan kak Ana bangun,dah jam 6.00 am nie.Kak ana,kak Zhirah n Hajar pun terus bangun dari tidur.Selepas itu.kami pun bersiap sedia untuk bergerak ke Gombak untu bermalam di sana sebelum ke Selatan Thai.Pukul 7.30 am kami pun berkumpul di depan rumah kak Ana seramai 10 orang sukarelawan Jejak Patani gerak ke Batang Berjuntai dengan menaiki dua kereta.Kami pun duduk dalam kereta berhempit-hempit,kerana kami menaiki kereta dengan melebihi daripada 4 orang.
Sebelum pukul 8.00 am kami pun tiba di Batang Berjuntai untuk menaiki bas Ke Ktm Sungai Buluh.Pada masa ini perjalanan kami tidak teratur.Perjalanan ke KL SENTRAL memakan masa dalam 2 jam lebih.Pukul 11.50 am kami pun menaiki LRT untuk sampai ke Gombak,perjalanan ini juga memakan masa selama 45 minit lebih kurang.Hampir pukul 1 kami tiba di Gombak kami pun terus ke tempat tersebut, namun setelah kami sampai pejabat tersebut tiada orang,kami pun tidak dapat masuk dan kami pun menunggu abang Fakhrul, kerana kunci pejabat tersebut ada dekat abang Fakhrul.Semasa kami menunggu abang Fakhrul,saya melihat ahli-ahli sularelawan Jejak Patani yang lain mereka sangat penat, ada yang tertidur di tangga , manakala 2 orang ahli sukarelawan pun turun semula kerana mereka ingin makan tengah-hari.Pada masa itu juga, saya pun sangat lapar, saya ingin makan. Namun memandangkan ahli yang lain belum makan, saya pun menahan lapar tanpa memberitahu mereka.
Beberapa minit kemudian abang Fakhrul pun sampai,kami pun terus masuk dan berehat seketika sebelum solat zohor.Selapas solat zohor, kami mengadakan tazkirah ringkas. Selapas itu sekitar jam 3.00 pm kami pun makan tengah-hari. Makan tengah-hari tersebut abang Fakhrul yang belanja kami makan seramai 12 orang,lauk tersebut memang sangat sedap. Selapas itu kami pun meneruskan aktiviti kami. Setelah selesai solat isyak,aktiviti yang sama kami lakukan tazkirah ringkas.Sekitar jam 12.00 am kami pun makan nasi goreng,hal ini kerana keesoakan harinya kami berpuasa Sunat.Setelah selesai makan kami pun dibenarkan tidur.Saya pun tidak melepaskan peluang saya terus masuk ke bilik dan tidur.
Pukul 6.00 am lebih kurang,kami pun bangun untuk menunaikan perintah Allah iaitu solat Subuh berjemaah, selepas solat subuh,saya dan rakan-rakan seperjuangan membaca Al-Mathurat dan mengadakan tazkirah ringkat di pagi hari tersebut. Pukul 7.15 am abang Fakhrul memberi kelonggaran kami untuk mandi. Abang Fakhrul beri kami masa selama 45 minit sahaja.Masa yang sangat ringkas, saya pun bergegas mengambil peralatan mandi dan menuju ke bilik air,tetiba ahli sukarelawan lelaki telah mandi dahulu. Saya pun kembali masuk ke bilik dan berehat sementara mereka selesai mandi. Namun,apabila saya melihat jam,jam menunujukkan pukul 7.50 am tetapi ahli sukarelawan lelaki belum lagi selesai mandi. Saya pun tetiba sahaja nak marah dengan sukarelawan lelaki tapi saya dapat mengawalnya lagi. Setelah ahli sukarelawan lelaki selesai mandi saya dan Hajar salah seorang sukarelawan perempuan Jejak Patani pun menuju ke bilik untuk mandi. Hanya kami berdua sahaja yang sempat mandi manakala 5 orang ahli sukarelawan Jejak Patani tidak sempat mandi. Mereka hanya mencuci muka.
Pukul 8.40 am aktiviti kami diteruskan dengan mengambil gambar beramai-ramai,dan gambar seorang diri berukuran pasport. Setelah itu kami meneruskan aktiviti Mengenal Diri Sendiri yang dikendalikan oleh abang Fakhrul. Pada masa itu,saya merasakan sakit kepala dan berdenyut-denyut tetapi saya tidak bagitahu sesiapa saya hanya mendiamkan diri.Sekitar jam 11.00 am abang Fakhru membenarkan kami berehat. Hal ini kerana, dia faham situasi kami,kami keletihan dan pada masa itu kami sedang berpuasa sunat. Saya pun tanpa buang masa,saya terus masuk bilik dan tidur kerana pada masa itu saya sangat sakit kepala. Namun bukan saya sahaja yang tidur,ahli sukarelawan perempuan yang lain pun tidur. Tepat pukul 1.00 pm kami pintu bilik kami di ketuk oleh ahli sukarelawan lelaki untuk menunaikan perintah Allah SWT iaitu solat zohor berjemaah. Selepas solat zohor,diteruskan dengan tazkirah ringkas yang dikendalikan oleh kak Ana.
Pukul 8.30 pm setelah makan malam dan solat isyak kami pun bersiap sedia bukan hanya keperluan fizikal tetapi perlu bersiap emosi dan perasaan ke Greenwood untuk menaiki bas dari Greenwood ke Pangkalan kubur,Kelantan.Pada masa ini minda saya bergerak jauh mengenangi apa yang akan bakal berlaku semasa saya berada di Selatan Thai.Ini kali pertama saya ke Luar Negara.Ini suasana yang sangt berbeza.
Sebelum pukul 9.00 kami pun tiba di stesen Greenwood.Kami pun menungu dan terus menunggu bas yang akan naiki tersebut.Pada masa itu,saya selesema memang saya tidak selesa,pada msa itu juga,mata saya bengkak. Pada mulanya saya tidak sedar mata saya membengkak,kerana pada masa itu, saya rasa mata saya pedih dan saya selesema.hampir semua ahli sukarelawan risau tentang keadaan mata saya yang semakin membengkak, lalu abang haris salah seorang sukarelawan lelaki Jejak Ptani pun membeli eye mo untuk kegunaan saya, lalu si Amirul pun membeli air untuk saya minum.Walaupun mata saya bengkak tapi masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan kami di Selatan Thai.
Hampir jam 12.00 am bas baru sampai ke stesen Greenwood, pada masa itu kami putus harapan sudah,kami fikir bas sudah tiada. Tetiba bas datang, kami pun menaiki bas tersebut, pada mulanya dalam bas tersebut,kami hampir nak turun dari bas tersebut. Hal ini kerana bas tersebut hampir penuh dan tidak selesa. Tapi kak Ana beri keputusan untuk kami akan menaiki bas tersebut.Sebelum itu,saya duduk di belakang tetapi kak Ana dan kak Umma telefon saya dan menyuruh saya duduk sebelah kak Zhirah, kerana pada masa itu saya masih sakit dan mata saya semakin menbengkak.
Alhamdulillah tepat pukul 6.50 am,kami pun tiba di pangkalan kubor lalu kami bergegas kle surau untuk menunaikan solat subuh.Surau di Pangkalan Kubor memank sangat kecil dan tidak selesa.Dalam jam 7.20 am,kami pun bergerak ke balai emegresen Malaysia untuk minta cop dan kami menaiki bot yang untuk sampai ke Takbai,Selatan Thai. Sebelum jam 8.00 am,kami tiba d Takbai Selatan Thai,kami di jemput oleh ustaz Osman, setelah itu,kami pun ke balai emegresen Selatan Thai minta cop juga.Pukul 8.30 am kami tiba di AYATA iaitu rumah anak yati Takbai ,Selatan Thai.Kami pun diberi minum dan makan kuih sebelum menunaikan solat hari raya Aidiladha di Takbai Selatan Thai. Sebelum kami menuanaikan solat Aidiladha,sukarelawan lelaki sempat lagi mandi manakala perempuan tidak sempat,kami hanya mencuci muka dan berus gigi. Pukul 9.00 am,kami pun berjalan kaki ke padang sekolah untuk menunaikan solat Aidiladha. Saya sangat rasa terkejut dengan suasana di Takbai. Hal ini kerana sangat ramai oarng yang menunaikan solat Aidiladha.Solat Aidiladha di padang adalah kali pertama.
Sebelum jam 10.00 am,solat Aidiladha pun selesai, kami pun bersalam-salaman dan memohon maaf antara satu sama lain. Selepas itu,aktiviti kami pun diteruslan dengan menyembelih seekor lembu yang di anggotai seramai 6 orang untuk seekor lembu. Seterusnya selepas acara menyembelih lembu,daging lembu itu dibahagikan kepada anak-anak yatim di Takbai seramai lebih kurang 60 orang anak-aanak yatim.
Manakala sukarelawan perempuan Jejak Patani ditugaskan untuk membantu ibu-ibu memasak untuk menyediakan makan tengah hari dan makan malam. Hidangan kami berasaskan 5 jenis lauk-pauk.Antaranya sup daging,daging goreng,sayur goreng dan sebagainya. Bagi kita di Malaysia lauk-pauk ini kelihatan biasa sahaja, namun bagi anak-anak yatim di Takbai,Thailand merasakan hidangan ini sangat istemewa kerana mereka hanya makan daging setahun sekali.Sebaik sahaja selesai makan tengah hari, ahli sukarelawan perempuan pun bergotong-royong membersihkan tempat memasak dan membersihkan pinggan mangkuk yang di guna tadi.
Sekitar jam 4.00 pm kami dibenarkan berehat dan melakukan aktiviti masing-masing di tempat yang disediakan iaitu di Masjid .Kami mengguinakan waktu berehat yang diberikan dengan sebaiknya seperti kami tidur,mandi dan sebagainya. Setelah masuk waktu magrib,kami pun berjemaah bersama-sama orang kg Takbai,Thailand untuk menunaikan solat magrib.Selepas menenaikan solat magrib berjemaah kami pun meneruskan aktiviti kami iaitu Profiling.Aktiviti ini memerlukan kebijaksanaan kami untuk menemu bual dan mencungkil kisah manis dan pahit yang di alami oleh orang kampung tersebut. Setakat kami temu bual kami tersentuh dengan cerita mak cik yang bernama Meh jeh yang berumur 70 tahun.Mak cik ini merupakan seorang ibu tunggal dan membesarkan anak seramai 7 orang melalui menjaja di kawasan kampung.
Sebelum kami meninggalkan masjid tersebut, mak cik Meh jah berpesan sesusah manapun hidup kita,amal ibadah itu sangat penting kerana mendekati Allah swt kita akan rasa tenang dan segala kesulitan yang kita hadapi seperti lapar atau dahaga akan hilang begitu sahaja.Sesi profiling kami akhiri dengan bersalam-salaman dengan jemaah masjid tersebut.
Setelah itu, kami bersiap ke rumah anak-anak yatim untuk menhidangkan makanan dan kami pun menjamu selera makan malam. Selesai makan kami mendengar taklimat yang di sampaikan oleh Chee weh. Selepas taklimat ahli sukarelawan berkumpul untuk memberitahu aktiviti keesokan harinya.Akhir sekali , sekitar jam 11 lebih kami pun dibenarkan tidur di masjid. Secara ringkasnya aktiviti hari pertama kami di Takbai,Thailand bersama anak-anak yatim dan warga kampung amat menyeronokkan kerana kami diberi peluang meluangkan masa bersama mereka.
Hari Kedua Selatan Thai
Seawal jam 4 pagi deringan telefunku berbunyi” ayam berkokok” mengejutkanku dari tidur yang tak lena.Hal ini kerana,tempat tidur yang disediakan berdekatan dengan kubur-kubur yang lama menyebabkan kami rasa takut dan seram. Saya pun bangun dari tidur,dan saya pun mengejutkan kak Ana serta rakan-rakan yang lain. Tepat pukul 6.00 am kami pun menunaikan solat subuh secara berjemaah.Selesai solat subuh kami bersiap dan menuju ke rumah anak yatim untuk menikmati sarapan pagi. Tepat pukul 7.00 am van pun datang tepat pada masanya untuk membawa kami ke distinasi seterusnya iaitu Patani. Sebelum kami menaiki van kami diarahkan berkumpul untuk mengambil gambar beramai-ramai.
Sepanjang perjalanan kami ke Nad Tanjung,Patani kami mengisi masa kami dengan membaca al-mathurat beramai-ramai.Perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam 45 minit membuatkan kami terlena sekejap.Setelah sampai ke distinasi tersebut kami dikejutkan oleh pemandu van tersebut. Sampai sahaja kami ke destinasi yang di tuju iaitu ke rumah anak yatim Nad Tanjung Patani.Setelah sampai kami pun disambut dengan meriah oleh orang kampung Nad Tanjung Patani. Setelah sampai kami pun terus di beri makanan tradisional mereka,selepas itu saya tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti profiling bersama orang Nad Tanjung.
Pukul 10.00 am kami menyaksikan penyembelihan untuk kali kedua di Nad Tanjung,Patani.Selepas itu kami diarahkan berkumpul untuk mengambil ga,bar beramai-ramai bersama anak-anak yatim dan oarang kampung Nad Tanjung.Selepas itu aktiviti diteruskan dengan pengagihan daging lembu kepada anak-anak yatim.Setelah selesai pengagihan daging lembu,saya pun meneruskan aktiviti Dokumentari di Surau aur untuk menceritakan tentang buku yang saya telah baca iaitu yang bertajuk Penyebaran Islam.Pada masa itu,saya telah mengambil masa selama 20 minit yang sepatutnya saya hanya menggunakan 2 minit,tetapi apabila saya selalu buat salah semasa dokumentari saya telah mencuri masa mereka.
Sekitar jam 2.00 pm kami pun menunaikan solat zohor,selepas itu kami pun menjamu selera yang dihidangkan oleh orang kampung Nad Tanjung,Patani.Hidangan makan tenggah hari tersebut mempunyai lebih daripada 5 hidangan.Hidangan tersebut sangat sedap hingga menjilat jari.Seterusnya kami pun meninggalkan Nad Tanjung,hal ini kerana, kami ingin meneruskan perjalanan kami ke kampung Dato untuk berjumpa cikgu Din.
Perjalanan ke kampung Dato mengambil masa selama sejam untuk samapai ke destinasi hsererusnya.Selama perjalanan ke kampung Dato kami terlena seketika.setelah sampai kami dikejutkan oleh pemandu Van bahawa kami telah sampai ke kampung Dato.Selepas itu,Amirul telah mengarahkan saya untuk melakukan dokumentari bahawa yang kami telah selamat sampai ke destinasi yang kami tuju.Selepas itu, saya,Amirul dan abg Haris pun meneruskan perjalanan kami ke rumah cikgu Din,namun malang tak berbau,kami bertiga tersesat,kami tersalah jalan,selepas itu kami pun membuat keputusan untuk bertanya dimanakah rumah cikgu Din,selepas itu,orang tersebut memberitahu rah yang betu.Alhmadullilah kami sampai juga kerumah cikgu Din.
Setiba sahaja kami dirumah cikgu Din,kami disoal bertubi-tubi kenapakah kami lewat tiba dirumah cikgi Din,kami pun memberitahu keadaan yang sebenar bahawa kami tersesat. Mereka pun ketawa terbahak-bahak. Hal ini kerana Amirul sebelum ini mempunyai pengalaman dan pernah datang kerumah cikgu Din.
Kedatangan kami ke Kampung Dato ibarat anak Raja yang di sambut dengan meriah.Cikgu Din terkejut akan kehadiran kami kerana kami tidak memberitahu lebih awal mengenai kedatangan kami ke rumah cikgu Din.Selepas itu kami pun di hidangkan makanan, termasuk hidangan kali ini 4 kali kami makan.Kami memang sangat kenyang,tp apakan daya mereka telah menghidangkan makanan tersebut kami pun terpaksa la makan. Selepas makan kami pun berborak-borak la dengan cikgu Din bersama keluarganya.
Selepas itu,cikgu Din, mengatakan bahawa kami tidak dibenarkan pulang,dia menginginkan kami tidur dirumahnya kerana dia nak kami makan malam dirumahya.Tapi kami terpaksan menolak pelawanya .Hal ini kerana,kami harus tidur di rumah ketua kampung.Seterusnya kami pun meneruskan perjalanan kami ke rumah ketua kampung. Sekitar jam 6 lebih kami pun tiba di rumah ketua kampung. Selepas itu,kami pun dihidangkan makanan,hidangan kali ini 5 kali kami makan pada masa itu. Selepas makan kami pun solat magrib, selepas solat magrib kami diarahkan untuk bersiap ke rumah rumah jiran ketua kampung untuk menghadiri kenduri. Perjalanan tersebut memakan masa selama 15 minit sahaja.Setiba di rumah tersebut kami di hidangkan makanan lagi.Hidangan tersebut mempunyai pelbagai lauk-pauk.Termasuk hidangan kali ini 6 kali kami makan.Selepas makan kami pun berehat seketika sebelum kami balik ke rumah ketua kampung tersebut.Setelah sampai kerumah ketia kampung tersebut,kami di beri makan sekali lagi,namun kali ini,makanan tidak jugala terlalu berat. Hal ini kerana kami hanya makan lauk pauk sahaja iaitu udang gala, ikan bakar, sotong, cengkerang dan sebagainya.
Selepas makan,kami pun masuk ke bilik untuk berehat dan tidur.Pada masa itu,ada yang pergi mandi dan ada yang tak mandi.Sekitar jam 12.00 am kami pun terlena di buai mimpi yang indah.
Hari terakhir di Selatan Thai
Sekitar jam 3.30 am, saya terbagun dari tidur lalu saya mengejutkan kak Ana untuk temankan saya ke tandas. Selepas kak Ana mandi saya pula yang mandi. Setelah itu saya pun berehat seketika sementara tunggu ahli-ahli yang lain yang mandi.Selepas menunaikan solat subuh,saya dan ahli-ahli yang lain membaca al-mathurat.Seterusnya kami di hidangkan makanan untuk sarapan pagi.Setelah selesai sarapan pagi,kami di arahkan berkumpul lalu mengambil gambar bersama keta kampung serta keluarga ketua kampung.
Pukul 8.00 am,kami pun menaiki van untuk meneruskan perjalanan kami.Sekitar jam 9.00 am,kami tiba di Masjid Kemersik.Setelah tiba kami pun mengambil gambar beramai-ramai.Pada masa itu kami hanya meluangkan masa selama 20 minit di Masjid Kemersik,Patani.Seterusnya kami meneruskan perjalanan kami ke Prince of Songkla.Pukul 9.50 am,kami tiba di Prince Of Songkla, selepas itu,kami pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan berborak dengan salah seorang pelajar Prince Of Songkla.
Pukul 10.45 am,kami tiba Masjid besar Patani,perkara yang sama kami lakukan mengambil gambar beramai-ramai dan yang melakukan dokumentari di Masjid besar Patani.Selepas itu,kami pun meneruskan ke Masjid Jamek al-fathani.Pukul 11.40 am kami teruskan ke Masjid Raja Fathani. Seterusnya aktiviti kami diteruskan ke kampung dato semula,hal ini kerana cikgu Din mempelawa kami untuk datang semula dan makan tengha hari bersama mereka. Pukul 12.10 kami tiba di kampung Datuk.Kami pun menikmati makanan tengah hari yang di hidangkan oleh isteri cikgu Din.Selepas makan tengah hari kami pun meninggalkan rumah cikgu Din, selepas itu,kami menunaikan solat zohor di masjid kampung Datuk.
Seterusnya kami pun meneruskan perjalanan ke Teluk Manuk selepas itu kami meneruskan ke Takbai untuk meminta cop dari imegresen dan kami pun menaiki kapal untuk ke Pangkalan Kubur. Tepat pukul 5.25 pm kami pun tiba di Pangkalan Kubur,selepas itu kami pun duduk di warung dan memesan minuman dan makanan. Pukul 7.15 pm waktu magrib masuk,saya pun bergegas ke tempat ambil wuduk untuk menunaikan solat magrib.Tepat pukul 8.10 pm bas Perdana pun sampai,kami pun menaiki bas tersebut.Sebelum kami menaiki bas tersebut,kami pun bersalam-salaman dengan ahli sukarelawan yang lain. Hal ini kerana 4 orang alhi sukarelawan perempuan mereka tidak bersama kami menaiki bas.
Pukul 8.15 pm, bas tersebut bertolak dari pangkalan kubor ke hentian Putra.Semasa dalam bas kami pun masing-masing melakuakan aktiviti sendiri, ada yang tidur mungkin terlalu penat, ada yang bertelefon dengan keluarga mungkin terlalu rindu,maklumla selama berada di Selatan Thai kami tidak dapat berhubung dengan keluarga. Perjalanan dari Pangkalan kubur ke hentian Putra memakan masa selama 8 jam lebih. Kami pun tidak melepaskan peluang,kami semua menggunakan masa dengan sebaiknya iaitu Tidur.
Pukul 5.30 kami tiba di hentian Putra. Selepas itu kami ke surau menunggu waktu subuh. Setelah itu saya pun menunaikan solat subuh bersama Bella. Setelah solat subuh selesai Bella mendapati dompetnya hilang. Kami pun terus mencari dumpetnya,lalu kami menelefon bas tersebut,akan tetapi bas tersebut maengatakan kami bahawa jam 8.00 am kami di suruh telefon kembali.Sebelum jam 8.00 am kami pun membawa masing-masing haluan. Saya,kak Azmah dan Bella menaiki Ktm untuk menuju ke KL Sentral.
Akhir sekali sampai di sini sahaja Travelog saya.Perjalanan ke Selatan Thai sangat menyeronokkan kalau ada kesempatan lagi untuk ke Selatan Thai,saya akan pergi lagi.
Lejawati Bt Salam
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak