Saturday, 19 January 2013

Laporan Mesyuarat Ke 2

Pada 17 Januari 2013, Rabu - 5 orang Sukarelawan Grup Jejak Patani telah mengadakan pertemuan kali kedua. Pertemuan kali ini diadakan untuk membincangkan gerak kerja Grup Jejak Patani bagi menjalankan kajian sosio budaya dan khidmat sosial di selatan Thailand pada 20 Mei-31 Mei 2013.

Beberapa perkara penting telah dibincangkan. Diantaranya rekod maklumat sukarelawan yang akan menyertai program tersebut, dana individu, pertemuan secara mingguan, cetakan dan edaran RIMA bagi edisi Jejak Patani, kajian buku dimana fokus pada kajian tokoh, belajar bahasa Kelantan, surat untuk mendapatkan dana, mempelajari dan membuat perbandingan masyarakat Kelantan dan Patani.

Selain itu, perlantikan Ahli Jawatankuasa dan Biro telah diadakan pada hari tersebut. Diantara jawatan-jawatan tersebut adalah Pengarah program, Timbalan pengarah progam, setiausaha, bendahari, Exco Kajian dan Penyelidikan dan Exco Media.

Di samping itu, induksi sukarelawan akan dijalankan pada 25,26 dan 27 Mei 2013 bertempat di Meru,Klang. Salah satu tujuan induksi diadakan agar para peserta Grup Jejak Patani dapat membuat persiapan secukupnya dari segi rohani ,spritual,emosi dan jasmani.

Pertemuan tersebut memakan masa selama lebih kurang 2 jam, bermula pada pukul 5.50 petang dan berakhir pada 6.58 petang.

Penasihat, En.Izwan Suhadak memberikan tugasan kepada setiap sukarelawan dalam masa yang ditetapkan untuk menjayakan masi rahmatan lil 'alamin.

No comments:

Post a Comment