Sedikit pengenalan tentang Projek Jejak Patani. Projek Jejak Patani ialah
satu projek berkala sukarelawan GPTD yang menjalankan Kajian Sosio Budaya dan
Khidmat Sosial di Selatan Thailand dengan tumpuan lokasi di Patani, Narathiwat
dan Yala. Projek ini juga turut membuat kajian sejarah tentang sejarah-sejarah
Kerajaan Patani Darussalam serta tokoh seperti Syeikh Daud Al Fathoni, Syeikh
Ahmad Al Fathoni, Syeikh Abdul Samad Al Palembangi dan beberapa orang tokoh
lain lagi. Selain itu, sukarelawan juga turut akan membuat khidmat sosial iaitu
mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta mengajar asas tentang
perkomputeran kepada pelajar sasaran. Projek ini akan memberi tumpuan kepada
Pertubuhan Anak Yatim Tanjong (PAYONG) di Nad Tanjong dan AYATA di Takbai. Projek
Jejak Patani ini tidak hanya terbuka kepada pelajar Unisel sahaja tetapi turut
terbuka kepada semua pelajar IPTA/S dan lepasan SPM/STPM/STAM. Diharapkan dengan
gerakan ini, anak muda dapat membina jaringan antarabangsa dan menuntut ilmu
serta berbakti kepada masyarakat. Selain itu, diharapkan projek-projek seperti ini
dapat melahirkan modal insan berkualiti dan dapat berbakti kepada agama
khususnya. Kepada yang berminat untuk sertai boleh hubungi talian 010.269.3310
atau emel gptdunisel@gmail.com
Kredit to Gptd Unisel
No comments:
Post a Comment