Pada 25, 26 dan 27 Jan 2013 telah diadakan Induksi Sukarelawan Jejak Patani bertempat di Surau Darul Ma'arif,Tanjung Karang. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memberikan pengisian kepada para peserta bagi memberi pendedahan aktiviti Sukarelawan khasnya program kajian sosio budaya dan khidmat sosial di selatan Thailand pada 20 Mei-31 Mei 2013.
Para peserta memberikan respon yang sangat membina dan positif terhadap segala aktiviti yang dijalankan. Diantara program yang diadakan adalah slot pencerahan mahasiswa yang disampaikan oleh penceramah jemputan, LDK, aktiviti senaman pagi dan petang, usrah pendek oleh setiap peserta, slot perkongsian idea dan slot pencerahan penglibatan para mahasiswa/mahasiswi dalam Majlis Perwakilan Pelajar(MPP).
Gptd Unisel komited dalam memberikan pencerahan kepada ahli Gptd Unisel melalui induksi terutama ahli baru. Induksi akan diadakan setiap bulan bagi menyiapkan IQ, spiritual dan jasmani para peserta dalam menjalankan misi Rahmatanlil 'alamin.
Induksi penting bagi memberi pendedahan kepada ahli Gptd Unisel tentang kerja-kerja Sukarelawan, dakwah melalui Sukarelawan, kepentingan Sukarelawan dan sebagainya. Selain itu, para peserta dapat saling mengenali diantara satu sama lain dan mengeratkan ukhuwah di antara ahli lama dan baru.
Di samping itu, para peserta juga dapat dilatih dengan pelbagai kemahiran interpersonal melalui pembentangan idea dan kerja berkumpulan.