Monday, 10 December 2012

Siapa Kami???



Sedikit pengenalan tentang Projek Jejak Patani. Projek Jejak Patani ialah satu projek berkala sukarelawan GPTD yang menjalankan Kajian Sosio Budaya dan Khidmat Sosial di Selatan Thailand dengan tumpuan lokasi di Patani, Narathiwat dan Yala. Projek ini juga turut membuat kajian sejarah tentang sejarah-sejarah Kerajaan Patani Darussalam serta tokoh seperti Syeikh Daud Al Fathoni, Syeikh Ahmad Al Fathoni, Syeikh Abdul Samad Al Palembangi dan beberapa orang tokoh lain lagi. Selain itu, sukarelawan juga turut akan membuat khidmat sosial iaitu mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta mengajar asas tentang perkomputeran kepada pelajar sasaran. Projek ini akan memberi tumpuan kepada Pertubuhan Anak Yatim Tanjong (PAYONG) di Nad Tanjong dan AYATA di Takbai. Projek Jejak Patani ini tidak hanya terbuka kepada pelajar Unisel sahaja tetapi turut terbuka kepada semua pelajar IPTA/S dan lepasan SPM/STPM/STAM. Diharapkan dengan gerakan ini, anak muda dapat membina jaringan antarabangsa dan menuntut ilmu serta berbakti kepada masyarakat. Selain itu, diharapkan projek-projek seperti ini dapat melahirkan modal insan berkualiti dan dapat berbakti kepada agama khususnya. Kepada yang berminat untuk sertai boleh hubungi talian 010.269.3310 atau emel  gptdunisel@gmail.com

Kredit to Gptd Unisel