Thursday, 9 July 2015

INFAQ DIRI DI PATTANI


Bismillah

Alhamdulillah, pertengahan bulan mei lalu seorang sukarelawan Gptd Unisel telah menginfaqkan diri selama tiga bulan untuk berkhidmat di Nad Tanjung, Pattani Selatan Thailand, seperti yang sedia maklum kami dari Gptd Unisel memfokuskan khidmat sosial pendidikan selain dari kajian tokoh dan ziarah tempat-tempat bersejarah dalam wilayah Selatan Thailand. Masih tidak terlambat untuk kami dari team JP (Jejak Patani) untuk mengucapkan syabas dan tahniah diatas keberanian Saudara Akmal, pelajar BechelorTesl dari Unisel.Saudara Akmal juga merupakan exco Gptd Unisel pada sesi kali ini. Berbalik pada fokus utama khidmat pendidikan ini adalah untuk mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada adik-adik disana selain self-confident, motivasi serta sukan. Berbeza dari team sebelumnya , memandangkan Saudara Akmal berada di sana dalam jangka masa yang agak lama beliau sempat mengajar sukan sunnah memanah kepada adik-adik di sana. Memanah dapat melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. kerana memanah sangat menitik beratkan body balancing maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi. Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental selain untuk melatih fokus pada diri adik-adik tersebut. Diharapkan dengan coreta yang ringkas ini dapat memberi motivasi atau pemula langkah pada sukarelawan yang ingan berkhidmat dan berbakti pada ummat khususnya dalam memberi pendidikan kepada adik-adik di Selatan Thailand. Akhir kata, semoga hasrat Gptd Unisel dan team JP untuk menghantar sukarelawan mengajar di Selatan Thailand sebulan sekali terlaksana suatu masa nanti. Pada bulan yang mulia ini sama-sama kita mendoakan agar niat dan hasrat kita terzahir. Dengan izin Allah SWT. Semoga Gptd Unisel terus maju jaya dan team JP terus istiqomah dalam memberi pendidikan kepada ummat Selatan Thailand. Salam 10 terakhir Ramadhan.


"Hai orang2 beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yg sabar" 

2 : 153


-anamarjan-