Friday, 20 June 2014

KEM BAHASA INGGERIS DI YALA 18 APRIL HINGGA 22 APRIL 2014





English Camp, Yala Selatan Thailand





17 April 2014 | Khamis

            Bismillahirahmanirahim , English Camp pada kali ini diadakan di Sekolah Santitham, Yala Selatan Thailand iaitu anjuran Foundation Of Education And Human Recourses Development (FEHRD) dengan kerjasama Santitham Secondary School, al Ehsan Foundation, PKPIM dan PPIK. Pada kali ini seramai 10 orang mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) iaitu lima orang daripada PKPIM UNISEL, Kampus Bestari Jaya dan lima orang dari Persatuan Pembimbing Islam Kelantan (PPIK). Wakil dari PKPIM UNISEL terdiri daripada Mohd Safaruddin B Jhinku (Bekerja di GPM), Muhd Amirul B Sumar , Siti Humairah Bt Abdullah, Zulaikha Salmi Bt Sabri dan Tengku Farhanan Bt Tengku Mohamed (kesemuanya pelajar Unisel). Manakala wakil dari PPIK pula Mohd Syahiran B Muhammad,( PPIK dan ABIM Kel), Muhammad Huzaifah B Harun (KIAS), Shaiful Rafizudin B Shari (KIAS), Muhammad Hanis B Mohd Taufik ( Pusat Pengajian Pondok YIK) dan Nur Syahirah Bt Mohd Ruzaizol (KIAS). Perjalanan kami berlima bermula pada jam 5.30 petang bertolak dari Unisel Bestari Jaya bersama Encik Izwan Suhadak B Ishak iaitu Murabbi kami di UNISEL, kami ke Sekreteriat PKPIM Pusat. Di Sekreteriat kami berjumpa dengan saudara Muhamad Aliemran B Norasid iaitu Preseden PKPIM dan juga Naib Presiden iaitu saudara Mohammad Syazwanuddin B Saharuddin dan juga beberapa pimpinan lain. Kami sempat mendengar amanat dari kedua pimpinan utama PKPIM iaitu tentang ikhlaskan diri untuk menyumbangkan dakwah kepada Islam. Selesai solat magrib kami terus ke hentian bas Greenwood. Kami menaiki bas tepat jam 930 malam dari Greenwood, Gombak ke hentian Rantau Panjang, Kelantan.

18 April 2014 | Jumaat
            Seawal jam 530 pagi kami berlima sampai di hentian bas Rantau Panjang. Sesampai saja kami kendiri di surau yang berhampiran. Selepas solat subuh dan membaca Al Matsurat, sementara menunggu wakil dari PPIK kami sempat melihat kembali modul-modul mengajar untuk digunakan di sana nanti. Memandangkan kami tidak mendapat bayangan secara tepat macam mana cara dan situasi di sana jadi kami perlu bersedia apa jua keadaan yang bakal dilalui. Agak lama menunggu wakil PPIK, selepas sarapan kami berlima terus ke immigration  dan cop passport. Kami bernasib baik kerana kebetulan Encik wan Abdul Rahman dari Al- Ehsan Foundation ada di Rantau Panjang jadi dia menghantar kami dari tempat cop Passport ke stesen keretapi. Agak memeritkan jika kami berjalan kaki ke stesen kerana jarak yang agak jauh ditambah pula beg yang berat termasuk beg buku sumbangan untuk adik-adik disana. Kami menaiki keretapi pada jam 1200 tengah hari waktu Malaysia. Keadaan di dalam keretapi semakin sesak dan ramai, keretapi dari Sungai Golok, Sungai Padi, Todeng, Bukit , Setiam, Cho Airong, Paphai, Tanjung Mas, Kadae, Marubu, Lalo, Ruso, Balo, Raman, Pantai Mayham dan akhir sekali ialah Yala. Yala merupakan hentian yang paling akhir, selama 2 jam 30 minit berada di dalam keretapi akhirnya kami sampai juga di Yala. Sesampai disana kami dijemput oleh Encik Ismail B Salleh sendiri iaitu dari FEHRT. Encik Ismail membawa kami (perempuan sahaja) ke sekreteriat FEHRT manakala fesi lelaki terus ke Masjid berhampiran memandangkan telah masuk waktu zohor dan jumaat.
            Sementara menunggu Encik Ismail datang mengambil kami semula untuk di bawa ke sekolah, kami sempat berehat namun kami dalam keadaan ketakutan kerana helicopter meronda-ronda dari atas dan dalam masa yang agak lama menyebabkan kami bertiga sangat takut. Jam menunjukkan pukul 100 tengah hari waktu Thailand, kedengaran kereta En Ismail telah datang untuk mengambil kami dan membawa kami ke sekolah Santitham. Jarak sekolah dengan sekreteriat FEHRT hanya lima minit, sesampai sahaja kami terus dibawa ke kantin untuk makan tengah hari, dan disitu kami berjumpa dengan wakil-wakil dari PPIK. Selesai makan, kami, wakil PPIK termasuk En Ismail bertaaruf dan berbincang tentang program ini. Maklumat terkini seperti jumlah pelajar dan tahap pelajar diberikan dan kami membahagikan fesi mengikut tahap adik-adik disana. Sepanjang hari kami membantu Encik Ismail. Dan urus setia menguruskan pendaftaran adik-adik. Guru dari sekolah tersebut juga turut turun padang. Seperti yang sedia maklum kem Bahasa Inggeris ini di anjurkan oleh FEHRD untuk anak-anak yatim tapi kali ini dengan kerjasama beberapa buah sekolah lain. Pada hari pertama kami tidak mengajar. Kami hanya membuat persediaan dari segi modul dan handle adik-adik untuk solat berjemaah dan makan. Selain itu, hari ini juga Datuk Bandar telah dijemput untuk memberi kata semangat kepada adik-adik tentang kepentingan pelajaran. Pada malamnya, Iman dari masjid berdekatan turut hadir mengimamkan solat magrib dan insya serta memberi sedikit tazkirah tentang kepentingan masa, walaubagaimana pun, kami terpaksa akur dengan keadaan disana yang menggunakan bahasa Thai. Seawal jam 10 malam adik-adik diarahkan tidur. Memandangkan semua tidur didalam kawasan sekolah, kami sempat membuat perancang untuk esok dan membuat beberapa simulasi refreshment, selepas membuat beberapa simulasi kami bersurai.

19 April 2014 | Sabtu
            Seawal jam 400 pagi kami bangun dan kendiri. Selepas solat subuh sedikit tazkirah dari Fesi lelaki. Jam 600 pagi kami berkumpul dipadang membuat aktiviti dan senaman pagi. Walaubagaimana pun, masalah komunikasi agak teruk menyebabkan semua permainan harus ditukar. Walaupun mejoriti dari kami bercakap dalam dielek Kelantan tetapi mereka tetap tidak memahami. Plan diubah dan kami membahagikan kepada dua kempulan iaitu lelaki dan perempuan. Kami teruskan juga senaman pada pagi itu, selepas senaman adik-adik diberi masa satu jam untuk makan dan kendiri sebelum memulakan LDK pertama. Untuk mengajar Fesi dibahagikan kepada empat ketegori besar iaitu kumpulan sekolah rendah (10 hingga 12 tahun), menengah rendah ( 13- 15 tahun), menengah tinggi (16-18 tahun) dan intensive. Untuk adik-adik sekolah rendah diberikan kepada Huzai, Ira dan Umai. Sekolah menengah rendah diberikan kepada Encik Adam( Sukarelawan berasal dari Ghana), menengah tinggi diberikan kepada Safar, Amirul dan Zac manakala untuk intensive pula Hanis, rafi dan Ana.  Kami membuat sesi taaruf dan ice breaking sebelum mengajar, ini adalah untuk membuat adik-adik merasa selesa dengan kami. Oleh kerana factor komunikasi kami mengambil masa yang lama .Selepas makan tengah hari dan solat zohor kami memulakan LDK kedua.  Difahamkan semua kumpulan mengajar dalam mass kecuali intensive, untuk intensive diajar dalam kumpulan iaitu satu kumpulan seorang fesi dan enam orang adik-adik. Perancangan dan modul yang dibawa terpaksa diubah semula mengikut tahap adik-adik tersebut. Kebanyakan mereka lemah dan tidak tahu vocabulary jadi kami mengajar asas sahaja. Antara yang di ajar My body, Emotion and Expression dan beberapa tajuk. Ada fesi yang membuat ujian untuk melihat tahap mereka. Pada hari pertama mengajar ada wartawan datang melawat dan membuat liputan, walaubagaimana pun, dengan keadaan kami agak huru-hara disebabkan perubahan secara mendadak  kami tidak sempat untuk bertanya lanjut. Kami agak bernasib baik kerana pada sebelah petangnya kenalan dari University disana iaitu Ameen B Abdul Rahman dari Prince University of Songkla (PSU) datang membantu kami. Ameen merupakan jaringan PKPIM Unisel  yang mana dia pernah datang ke UNISEL untuk lawatan sambil belajar dan kami juga bebrapa kali ke PSU. Ameen membantu team sekolah menengah tinggi. Pada sebelah malamnya selepas solat magrib tazkirah dari fesi lelaki dan selesai insya adik-adik diarahkan untuk tidur. Seperti biasa sebelum tidur kami akan berbincang untuk keesokan hari, perbincangan kali ini termasuk Ameen dan Jameelah selaku urus setia program.

20 April 2014 | Ahad
            Adik-adik dikejutkan awal untuk qiamullai. Qiam pada hari ini dipimpin oleh urus setia disana iaitu Abang Asaree. Selesai subuh dan tazkirah kami berkumpul dipadang dan membuat senaman yang dipimpin oleh Safar. LDK permula pada jam 830 pagi, pada LDK kali ini sekali lagi ada perubahan, iaitu satu lagi kumpulan di buat iaitu kelas khas motivasi yang mana adik-adik yang senyap dan pasif di letakkan dalam satu kumpulan, kumpulan ini  diberikan kepada Ana. Pada sebelah padi LDK kami sepert biasa mengajar mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Semasa rehat minum pagi, kami sempat berkumpul dan berjumpa dengan Senator Wilayah Yala, Encik Abdul Hayie. Kami sempat membuat diskusi dan bertanya tentang keadaan semasa disana. Ada sesi soal jawab dan harapan senator adalah dapat membuat kerjasama dengan pelajar dari Malaysia untuk mengajar di sana.
            Selepas solat zohor, adik-adik tiada LDK tetapi akan ke kebun getah di belakang sekolah untuk membuat Explores. Explores ada lapan check point. Dan setiap check point akan ada ujian yang perlu disediakan sebelum ke check point seterusnya. Dalam game atau ujian tersebut terdapat nilai-nilai dan isu semasa yang diselitkan antaranya ialah konsep perpaduan, bahaya dadah (disana dadah dipanggil ubat), pendidikan, dan beberapa lagi. Explores tamat pada waktu asar. Selepas itu adik-adik diberi masa untuk bersiap untuk solat magrib. Selesai solat magrib kami semua dipertemukan dengan peguam bahagian human right, selaku Wakil Rakyat dan juga Ketua Persatuan Muslim Encik Adilan B Ishak. Dalam pertemuan itu beliau memberitahu tentang ketidakadilan yang masih berlaku terhadap rakyat Selatan Thai. Dan ketidakadilan rakyat Selatan Thai dari semua aspek terus menerus di lakukan olah mereka yang tidak menginginkan islam. Sepanjang kami berjumpa dengan Encik Adalan, Ameen mengambil alih dan handle adik-adik dengan aktiviti. Perjumpaan kami agak lama dan selesai saja perjumpaan kelihatan adik-adik telah diberi rehat awal disebabkan kepenatan aktiviti petang tadi. Kami tidak membuat sebarang perjumpaan pada malam ini kerana semua kepenatan.

21 April 2014 | Isnin
            Menjadi rutin, selepas solat subuh kami akan berkumpul di padang untuk melakukan senaman. Senaman pada pagi ini agak berlainan. Selepas senaman ringkas, kami bersama adik-adik mengutip sampah disekitar kawasan sekolah. Tahap kebersihan sangat teruk. Pada jam 830 pagi kami berkumpul, pagi ini adik-adik akan dibawa ke sekolah vocational berdekatan dengan sekolah Santitham. Adik-adik akan diberi peluang untuk membuat kraf antaranya menghias cupcake, membuat dolls dan beberapa lagi. Selain mengajar dan belajar bahasa Inggeris, pendedehan tentang kemahiran juga penting, skills dalam arus perdana sekarang juga sangat diperlukan. Selesai membuat kraf kami melawat di kawasan sekeliling sekolah dan kedatangan kami disambut mesra oleh pengetua sekolah, selesai melawat kawasan sekeliling sekolah kami menikmati makan tengah hari dan kami berjalan ke sekreteriat FEHRD kerana pada sebelah petangnya akan ada aktiviti di sana. Selepas solat zohor, adik-adik diberi kumpulan dan kami membuat aktiviti tentang team building dan leadership dalam bentuk pertandingan . Ini juga untuk mengurangkan low self esteem dalam diri adik-adik. Selesai membuat aktiviti dan resolusi daripada game tersebut kami terus solat asar dan selepas solat asar diadakan aktiviti menunggang kuda. Justifikasi daripada aktiviti ini selain mengangkat sukan sunnah ianya juga untuk menerapkan sifat keberanian dalam diri adik-adik tersebut. Sebelum magrib kami balik semula ke sekolah dan bersedia untuk malamnya.

       Selepas magrib fesi memberi adik-adik ruang untuk membuat persediaan persembahan malam kebudayaan memandangkan selepas insya nanti terus persembahan. Malam kebudayaan ini melibatkan semua adik-adik dan mereka diberi kebebasan untuk membuat apa saja bentuk bersembahan. Kagum dengan mereka pada malam tersebut, pelbagai persembahan dipersembahkan antaranya ada yang menyanyi, bernasyid dan berlakon. Selepas tamat acara malam persembahan kami mambuat sedikit perbincangan memandangkan esok adalah hari terakhir kami di sana.

 22 April 2014 | Selasa
            Hari ini merupakan hari terakhir kami di yala, selepas solat dan bersenaman kami bersedia untuk menyambut tetamu VVIP untuk memberi penghargaan kepada adik-adik dan juga team English Camp pada musim ini, namun kami tidak memahami ucapan beliau kerana beliau menggunakan bahasa Thai. Selepas ucapan tamat semua fesi mengikuti Encik Ismail melawat ke tapak pembinaan komplek anak yatim. Rumah anak yatim yang baru akan dibina di kawasan bukit yang baru dibeli. Kami difahamkan dua bukit telah dibeli. Pulang dari melihat tapak itu, kami ke sekreteriat FEHRT dan Encik Ismail sempat bercerita dan memberitahu isu-isu Selatan Thailand dan menunjukkan slide  tentang penganayaan yang berlaku disana. Sementara kami di sana, disekolah pula sedang berlangsung aktiviti persama Psychologist. Kami difahamkan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan self esteem dan self confident dalam diri mereka.  Setelah selesai di sekreteriat kami pulang ke sekolah dan terus menunaikan rsolat zohor. Selepas itu,  majlis penutup dan majlis penyampaian sijil berlangsung. Dalam bulatan kami saling bermaafan. Rasa amat berat dan sedih untuk meninggalkan mereka.selepas majlis selesai van (teksi) telah sampai dan kami terpaksa pulang ke Malaysia atas urusan dan komitmen masing-masing. Kami seramai Sembilan orang pulang bersama, berjalanan yang mengambil masa dua jam akhirnya sampai ke distinasi iaitu sempadan Malaysia. Kami hanya berjalan kaki sampai ke hentian Rantau Panjang. Sesampai saja kami terus solat magrib dan kami sempat membuat post mortem  terakhir serta kesan dan pesan sepanjang program ini di kedai makan sebelum berpisah. Terima kasih pada fesi (PPIK) kerana menuggu kami semua sehingga kami menaiki bas. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Ismail dan Team yang menjayakan program ini. Budi baik mereka tidak akan dilupakan. Dan 23 april 2014 semua fesi selamat sampai ke kampus masing-masing.



sekian