Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah sekali lagi team Grup Jejak Patani Gptd Unisel akan mengembara ke bumi Patani Darussalam. Syukur, selepas misi ‘’Jejak Patani 2013’’ iaitu projek khidmat pendidikan dan kajian sosiobudaya yang bertarikh 19 hingga 26 Mei 2013 bertempat di Kampung Datuk, Patani kini kami akan kembali ke Patani dengan membawa misi Kembara Qorban@Patani. Pengembaraan Kembara Qorban@Patani akan bermula pada malam 14 hingga 17 Oktober 2013, ini merupakan tahun ke 2 kami menyambut aidil adha di sana. Dengan rasa rendah diri dan syukur, kali ini seramai 13 orang sukarelawan akan mengikuti Kembara Qorban@Patani berbanding tahun lalu hanya 3 orang. Diharapkan dengan pertambahan sekarelawan yang akan ke Patani maka akan bertambah juga kesedaran orang ramai tentang isu Selatan Thailand yang sedang berlaku di sana. Kami akan ke Ayata, Tak Bai dan juga ke Nad Tanjung, Patani. antara aktiviti yang akan dijalankan semasa di sana ialah mengagihkan daging qorban, menziarahi tempat bersejarah, belajar sosiobudaya setempat dan juga mengenali tokoh ulama Patani. Moga-moga dengan berbekalkan modal RM250 (pengangkutan, tempat tinggal dan makan sepanjang di sana) kita semua mendapat pengalaman dan mengajaran yang tidak ternilai malah tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit bersyaratkan kita pergi dengan niat yang betul dan jelas apa objektif ke sana. Bujur lalu melintang patah, diharapkan Grup Jejak Patani dapat mengambil semangat melalui peribahasa tersebut dan terus istiqomah berusaha dalam menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran kepada masyarakat luar dan dalam kampus Unisel khususnya tentang isu-isu Selatan Thailand melalui penulisan, berdiskusi mahupun dengan cara memberi ruang individu itu sendiri ke sana contohnya seperti ke Kembara Qorban@patani. Usaha ini untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan cakna dengan isu-isu umat antarabangsa khususnya di Negara-negara yang mejoritinya islam. Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kapada Global Peace Malaysia (GPM) yang sudi terus-menerus berkerjasama dengan Grup Jejak Patani dan semoga GPM akan terus menyokong program-program yang telah dan akan kami lakukankan di sana. Terima kasih tidak terhingga.
Allah berfirman:"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada". (Surah Al-Hajj, ayat 46)
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua untuk ke Patani dan setiap langkah kita diberkati oleh Allah SWT