English Camp, Yala Selatan Thailand
17
April 2014 | Khamis
Bismillahirahmanirahim , English
Camp pada kali ini diadakan di Sekolah Santitham, Yala Selatan Thailand iaitu
anjuran Foundation Of Education And Human Recourses Development (FEHRD) dengan
kerjasama Santitham Secondary School, al Ehsan Foundation, PKPIM dan PPIK. Pada
kali ini seramai 10 orang mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) iaitu lima orang daripada PKPIM UNISEL, Kampus Bestari Jaya dan lima
orang dari Persatuan Pembimbing Islam Kelantan (PPIK). Wakil dari PKPIM UNISEL
terdiri daripada Mohd Safaruddin B Jhinku (Bekerja di GPM), Muhd Amirul B Sumar
, Siti Humairah Bt Abdullah, Zulaikha Salmi Bt Sabri dan Tengku Farhanan Bt
Tengku Mohamed (kesemuanya pelajar Unisel). Manakala wakil dari PPIK pula Mohd
Syahiran B Muhammad,( PPIK dan ABIM Kel), Muhammad Huzaifah B Harun (KIAS),
Shaiful Rafizudin B Shari (KIAS), Muhammad Hanis B Mohd Taufik ( Pusat
Pengajian Pondok YIK) dan Nur Syahirah Bt Mohd Ruzaizol (KIAS). Perjalanan kami
berlima bermula pada jam 5.30 petang bertolak dari Unisel Bestari Jaya bersama
Encik Izwan Suhadak B Ishak iaitu Murabbi kami di UNISEL, kami ke Sekreteriat
PKPIM Pusat. Di Sekreteriat kami berjumpa dengan saudara Muhamad Aliemran B
Norasid iaitu Preseden PKPIM dan juga Naib Presiden iaitu saudara Mohammad
Syazwanuddin B Saharuddin dan juga beberapa pimpinan lain. Kami sempat
mendengar amanat dari kedua pimpinan utama PKPIM iaitu tentang ikhlaskan diri
untuk menyumbangkan dakwah kepada Islam. Selesai solat magrib kami terus ke
hentian bas Greenwood. Kami menaiki bas tepat jam 930 malam dari Greenwood,
Gombak ke hentian Rantau Panjang, Kelantan.
18 April
2014 | Jumaat
Seawal jam 530 pagi kami berlima
sampai di hentian bas Rantau Panjang. Sesampai saja kami kendiri di surau yang
berhampiran. Selepas solat subuh dan membaca Al Matsurat, sementara menunggu
wakil dari PPIK kami sempat melihat kembali modul-modul mengajar untuk
digunakan di sana nanti. Memandangkan kami tidak mendapat bayangan secara tepat
macam mana cara dan situasi di sana jadi kami perlu bersedia apa jua keadaan
yang bakal dilalui. Agak lama menunggu wakil PPIK, selepas sarapan kami berlima
terus ke immigration dan cop passport. Kami bernasib baik kerana kebetulan Encik wan Abdul
Rahman dari Al- Ehsan Foundation ada di Rantau Panjang jadi dia menghantar kami
dari tempat cop Passport ke stesen keretapi. Agak memeritkan jika kami berjalan
kaki ke stesen kerana jarak yang agak jauh ditambah pula beg yang berat
termasuk beg buku sumbangan untuk adik-adik disana. Kami menaiki keretapi pada
jam 1200 tengah hari waktu Malaysia. Keadaan di dalam keretapi semakin sesak
dan ramai, keretapi dari Sungai Golok, Sungai Padi, Todeng, Bukit , Setiam, Cho
Airong, Paphai, Tanjung Mas, Kadae, Marubu, Lalo, Ruso, Balo, Raman, Pantai
Mayham dan akhir sekali ialah Yala. Yala merupakan hentian yang paling akhir,
selama 2 jam 30 minit berada di dalam keretapi akhirnya kami sampai juga di
Yala. Sesampai disana kami dijemput oleh Encik Ismail B Salleh sendiri iaitu
dari FEHRT. Encik Ismail membawa kami (perempuan sahaja) ke sekreteriat FEHRT manakala
fesi lelaki terus ke Masjid berhampiran memandangkan telah masuk waktu zohor
dan jumaat.
Sementara menunggu Encik Ismail
datang mengambil kami semula untuk di bawa ke sekolah, kami sempat berehat
namun kami dalam keadaan ketakutan kerana helicopter
meronda-ronda dari atas dan dalam masa yang agak lama menyebabkan kami bertiga
sangat takut. Jam menunjukkan pukul 100 tengah hari waktu Thailand, kedengaran
kereta En Ismail telah datang untuk mengambil kami dan membawa kami ke sekolah
Santitham. Jarak sekolah dengan sekreteriat FEHRT hanya lima minit, sesampai
sahaja kami terus dibawa ke kantin untuk makan tengah hari, dan disitu kami
berjumpa dengan wakil-wakil dari PPIK. Selesai makan, kami, wakil PPIK termasuk
En Ismail bertaaruf dan berbincang tentang program ini. Maklumat terkini
seperti jumlah pelajar dan tahap pelajar diberikan dan kami membahagikan fesi
mengikut tahap adik-adik disana. Sepanjang hari kami membantu Encik Ismail. Dan
urus setia menguruskan pendaftaran adik-adik. Guru dari sekolah tersebut juga
turut turun padang. Seperti yang sedia maklum kem Bahasa Inggeris ini di
anjurkan oleh FEHRD untuk anak-anak yatim tapi kali ini dengan kerjasama
beberapa buah sekolah lain. Pada hari pertama kami tidak mengajar. Kami hanya
membuat persediaan dari segi modul dan handle
adik-adik untuk solat berjemaah dan makan. Selain itu, hari ini juga Datuk
Bandar telah dijemput untuk memberi kata semangat kepada adik-adik tentang
kepentingan pelajaran. Pada malamnya, Iman dari masjid berdekatan turut hadir
mengimamkan solat magrib dan insya serta memberi sedikit tazkirah tentang
kepentingan masa, walaubagaimana pun, kami terpaksa akur dengan keadaan disana
yang menggunakan bahasa Thai. Seawal jam 10 malam adik-adik diarahkan tidur.
Memandangkan semua tidur didalam kawasan sekolah, kami sempat membuat perancang
untuk esok dan membuat beberapa simulasi refreshment,
selepas membuat beberapa simulasi kami bersurai.
19
April 2014 | Sabtu
Seawal jam 400 pagi kami bangun dan
kendiri. Selepas solat subuh sedikit tazkirah dari Fesi lelaki. Jam 600 pagi
kami berkumpul dipadang membuat aktiviti dan senaman pagi. Walaubagaimana pun,
masalah komunikasi agak teruk menyebabkan semua permainan harus ditukar.
Walaupun mejoriti dari kami bercakap dalam dielek Kelantan tetapi mereka tetap
tidak memahami. Plan diubah dan kami
membahagikan kepada dua kempulan iaitu lelaki dan perempuan. Kami teruskan juga
senaman pada pagi itu, selepas senaman adik-adik diberi masa satu jam untuk
makan dan kendiri sebelum memulakan LDK pertama. Untuk mengajar Fesi
dibahagikan kepada empat ketegori besar iaitu kumpulan sekolah rendah (10
hingga 12 tahun), menengah rendah ( 13- 15 tahun), menengah tinggi (16-18
tahun) dan intensive. Untuk adik-adik
sekolah rendah diberikan kepada Huzai, Ira dan Umai. Sekolah menengah rendah
diberikan kepada Encik Adam( Sukarelawan berasal dari Ghana), menengah tinggi
diberikan kepada Safar, Amirul dan Zac manakala untuk intensive pula Hanis,
rafi dan Ana. Kami membuat sesi taaruf dan ice breaking sebelum mengajar, ini adalah untuk membuat adik-adik
merasa selesa dengan kami. Oleh kerana factor komunikasi kami mengambil masa
yang lama .Selepas makan tengah hari dan solat zohor kami memulakan LDK
kedua. Difahamkan semua kumpulan
mengajar dalam mass kecuali intensive, untuk intensive diajar dalam kumpulan iaitu satu kumpulan seorang fesi
dan enam orang adik-adik. Perancangan dan modul yang dibawa terpaksa diubah
semula mengikut tahap adik-adik tersebut. Kebanyakan mereka lemah dan tidak
tahu vocabulary jadi kami mengajar
asas sahaja. Antara yang di ajar My body,
Emotion and Expression dan beberapa tajuk. Ada fesi yang membuat ujian
untuk melihat tahap mereka. Pada hari pertama mengajar ada wartawan datang
melawat dan membuat liputan, walaubagaimana pun, dengan keadaan kami agak
huru-hara disebabkan perubahan secara mendadak
kami tidak sempat untuk bertanya lanjut. Kami agak bernasib baik kerana
pada sebelah petangnya kenalan dari University disana iaitu Ameen B Abdul
Rahman dari Prince University of Songkla (PSU) datang membantu kami. Ameen
merupakan jaringan PKPIM Unisel yang mana
dia pernah datang ke UNISEL untuk lawatan sambil belajar dan kami juga bebrapa
kali ke PSU. Ameen membantu team
sekolah menengah tinggi. Pada sebelah malamnya selepas solat magrib tazkirah
dari fesi lelaki dan selesai insya adik-adik diarahkan untuk tidur. Seperti
biasa sebelum tidur kami akan berbincang untuk keesokan hari, perbincangan kali
ini termasuk Ameen dan Jameelah selaku urus setia program.
20
April 2014 | Ahad
Adik-adik
dikejutkan awal untuk qiamullai. Qiam pada
hari ini dipimpin oleh urus setia disana iaitu Abang Asaree. Selesai subuh dan
tazkirah kami berkumpul dipadang dan membuat senaman yang dipimpin oleh Safar.
LDK permula pada jam 830 pagi, pada LDK kali ini sekali lagi ada perubahan, iaitu
satu lagi kumpulan di buat iaitu kelas khas motivasi yang mana adik-adik yang
senyap dan pasif di letakkan dalam satu kumpulan, kumpulan ini diberikan kepada Ana. Pada sebelah padi LDK
kami sepert biasa mengajar mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Semasa
rehat minum pagi, kami sempat berkumpul dan berjumpa dengan Senator Wilayah
Yala, Encik Abdul Hayie. Kami sempat membuat diskusi dan bertanya tentang
keadaan semasa disana. Ada sesi soal jawab dan harapan senator adalah dapat
membuat kerjasama dengan pelajar dari Malaysia untuk mengajar di sana.
Selepas solat zohor, adik-adik tiada
LDK tetapi akan ke kebun getah di belakang sekolah untuk membuat Explores. Explores ada lapan check point. Dan setiap check point akan ada ujian yang perlu
disediakan sebelum ke check point
seterusnya. Dalam game atau ujian tersebut terdapat nilai-nilai dan isu semasa
yang diselitkan antaranya ialah konsep perpaduan, bahaya dadah (disana dadah
dipanggil ubat), pendidikan, dan beberapa lagi. Explores tamat pada waktu asar. Selepas itu adik-adik diberi masa
untuk bersiap untuk solat magrib. Selesai solat magrib kami semua dipertemukan
dengan peguam bahagian human right, selaku
Wakil Rakyat dan juga Ketua Persatuan Muslim Encik Adilan B Ishak. Dalam
pertemuan itu beliau memberitahu tentang ketidakadilan yang masih berlaku
terhadap rakyat Selatan Thai. Dan ketidakadilan rakyat Selatan Thai dari semua
aspek terus menerus di lakukan olah mereka yang tidak menginginkan islam.
Sepanjang kami berjumpa dengan Encik Adalan, Ameen mengambil alih dan handle adik-adik dengan aktiviti.
Perjumpaan kami agak lama dan selesai saja perjumpaan kelihatan adik-adik telah
diberi rehat awal disebabkan kepenatan aktiviti petang tadi. Kami tidak membuat
sebarang perjumpaan pada malam ini kerana semua kepenatan.
21
April 2014 | Isnin
Menjadi
rutin, selepas solat subuh kami akan berkumpul di padang untuk melakukan
senaman. Senaman pada pagi ini agak berlainan. Selepas senaman ringkas, kami
bersama adik-adik mengutip sampah disekitar kawasan sekolah. Tahap kebersihan
sangat teruk. Pada jam 830 pagi kami berkumpul, pagi ini adik-adik akan dibawa
ke sekolah vocational berdekatan
dengan sekolah Santitham. Adik-adik akan diberi peluang untuk membuat kraf
antaranya menghias cupcake, membuat dolls dan beberapa lagi. Selain mengajar
dan belajar bahasa Inggeris, pendedehan tentang kemahiran juga penting, skills dalam arus perdana sekarang juga
sangat diperlukan. Selesai membuat kraf kami melawat di kawasan sekeliling
sekolah dan kedatangan kami disambut mesra oleh pengetua sekolah, selesai
melawat kawasan sekeliling sekolah kami menikmati makan tengah hari dan kami
berjalan ke sekreteriat FEHRD kerana pada sebelah petangnya akan ada aktiviti
di sana. Selepas solat zohor, adik-adik diberi kumpulan dan kami membuat
aktiviti tentang team building dan leadership dalam bentuk pertandingan . Ini juga untuk mengurangkan low self esteem dalam diri adik-adik.
Selesai membuat aktiviti dan resolusi daripada game tersebut kami terus solat asar dan selepas solat asar diadakan
aktiviti menunggang kuda. Justifikasi daripada aktiviti ini selain mengangkat
sukan sunnah ianya juga untuk menerapkan sifat keberanian dalam diri adik-adik
tersebut. Sebelum magrib kami balik semula ke sekolah dan bersedia untuk
malamnya.
Selepas magrib fesi memberi adik-adik
ruang untuk membuat persediaan persembahan malam kebudayaan memandangkan
selepas insya nanti terus persembahan. Malam kebudayaan ini melibatkan semua
adik-adik dan mereka diberi kebebasan untuk membuat apa saja bentuk bersembahan.
Kagum dengan mereka pada malam tersebut, pelbagai persembahan dipersembahkan
antaranya ada yang menyanyi, bernasyid dan berlakon. Selepas tamat acara malam
persembahan kami mambuat sedikit perbincangan memandangkan esok adalah hari
terakhir kami di sana.
22
April 2014 | Selasa
Hari ini merupakan hari terakhir
kami di yala, selepas solat dan bersenaman kami bersedia untuk menyambut tetamu
VVIP untuk memberi penghargaan kepada adik-adik dan juga team English Camp pada musim ini, namun kami tidak memahami ucapan
beliau kerana beliau menggunakan bahasa Thai. Selepas ucapan tamat semua fesi mengikuti
Encik Ismail melawat ke tapak pembinaan komplek anak yatim. Rumah anak yatim
yang baru akan dibina di kawasan bukit yang baru dibeli. Kami difahamkan dua
bukit telah dibeli. Pulang dari melihat tapak itu, kami ke sekreteriat FEHRT
dan Encik Ismail sempat bercerita dan memberitahu isu-isu Selatan Thailand dan
menunjukkan slide tentang penganayaan yang berlaku disana.
Sementara kami di sana, disekolah pula sedang berlangsung aktiviti persama
Psychologist. Kami difahamkan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan self esteem dan self confident dalam diri mereka.
Setelah selesai di sekreteriat kami pulang ke sekolah dan terus
menunaikan rsolat zohor. Selepas itu, majlis penutup dan majlis penyampaian sijil
berlangsung. Dalam bulatan kami saling bermaafan. Rasa amat berat dan sedih
untuk meninggalkan mereka.selepas majlis selesai van (teksi) telah sampai dan
kami terpaksa pulang ke Malaysia atas urusan dan komitmen masing-masing. Kami
seramai Sembilan orang pulang bersama, berjalanan yang mengambil masa dua jam
akhirnya sampai ke distinasi iaitu sempadan Malaysia. Kami hanya berjalan kaki
sampai ke hentian Rantau Panjang. Sesampai saja kami terus solat magrib dan kami
sempat membuat post mortem terakhir serta kesan dan pesan sepanjang
program ini di kedai makan sebelum berpisah. Terima kasih pada fesi (PPIK)
kerana menuggu kami semua sehingga kami menaiki bas. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada Encik Ismail dan Team yang menjayakan program ini. Budi baik
mereka tidak akan dilupakan. Dan 23 april 2014 semua fesi selamat sampai ke
kampus masing-masing.




sekian